Rabu, 5 Disember 2018

Sanggup Makeup Jadi ‘Mat Salleh’ Sebab Nak Curi Rantai Emas… Gigih Betul!


Pelbagai helah dan strategi dilakukan individu untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Seperti lelaki Thailand ini, dia sanggup menyembunyikan identiti sebenar dengan mengenakan solekan pada wajah dan berkelakuan seperti pelancong asing untuk mencuri beberapa kalung emas di Bangkok.

Niat jahatnya itu gagal apabila dia terpaksa bergelut dengan seorang pegawai keselamatan di pusat membeli-belah disitu.

Menyamar untuk mencuri emas



Menurut laporan portal Coconuts, bekas penjual barangan kosmetik, Wongsakorn Petchsanan, berusia 30 tahun telah didakwa mencuri barang kemas di salah sebuah kedai emas di Bangkok. Dia yang memakai baju kemeja bercorak petak dan berseluar jeans biru itu telah ditangkap pihak polis pada Isnin, 3 Disember lalu.

Gagal melarikan empat kalung emas



Lelaki ini telah menyamar dengan memakai hidung palsu, rambut palsu dan kanta lekap untuk menyerupai pelancong asing. Sewaktu di kedai emas itu, dia meminta kepada kakitangan untuk melihat empat kalung emas terlebih dahulu sebelum melarikan diri.

Lelaki ini berjaya ditangkap pegawai keselamatan sebelum dia melarikan diri. Amarin TV  melaporkan hasil kecurian empat kalung emas itu bernilai sebanyak TH471,600 (RM59,780). Pihak polis Thailand berpendapat bahawa suspek telah merancang sebelum bertindak menyamar dan mencuri emas di kedai berkenaan.



Sumber: Amarin TV, Coconuts

Kredit:ohbulan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan