Dugaan dan ujian yang diberikan Allah kepada hamba-Nya adalah petanda bahawa kita orang yang disayangi-Nya. Pun macam tu, admin tak dapat bayangkan apa perasaan pasangan suami isteri ni setelah diturunkan ujian seberat ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, rumah salah seorang pasangan yang baru berkahwin ni diuji dengan kebakaran apabila seluruh rumahnya hangus dijilat api 2 hari sebelum majlis pernikahan mereka.
“Saat menghitung hari bahagia, Tuhan uji kami sekeluarga dengan kebakaran rumah ‘total lost’”
Menurut mangsa, majlis persandingan yang sepatutnya diadakan pada 1 Disember lalu terpaksa dibatalkan oleh kerana musibah yang dihadapi.
“Kami sekeluarga memohon maaf, tiada majlis persandingan akan diadakan pada 1 Disember 2018.
“Saat menghitung hari bahagia lagi 2 hari, Tuhan uji kami sekeluarga dengan kebakaran rumah ‘total lost’,”kata mangsa.
“Tak sampai 1 jam gubahan digubah, dalam masa 1 minit hangus dijilat api…”
Lebih menyedihkan, mangsa baru saja siapkan gubahan hantaran buat pihak lelaki sejam sebelum kejadian berlaku. Namun gubahan tu jadi sia-sia kerana kebakaran yang menimpa telah memusnahkan segalanya.
Akibat hal ini juga, ibu kepada mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami ‘mild heart attack’.
“Tak sampai 1 jam gubahan digubah, dalam masa 1 minit hangus dijilat api. Allahuakhbar!
“Tolong doakan mama saya yang tengah warded kena ‘mild heart attack’. Please don’t think too much mama. InsyaAllah everything will be okay,” katanya lagi.
Tambah posting tersebut, pasangan ni tetap teruskan majlis akad nikah mereka keesokannya meskipun segala persiapan perkahwinan lenyap dengan begitu saja.
Netizen kagum pasangan masih boleh tersenyum lepas apa yang berlaku
Kejadian yang menimpa pasangan ni memang satu ujian besar buat keluarga mereka dan ramai di kalangan netizen yang bersimpati dengan apa yang berlaku. Pun begitu, netizen juga kagum dengan sikap pasangan ni kerana mereka masih boleh tersenyum walaupun sudah ditimpa ujian berat.
Selamat pengantin baru dan semoga tabah hadapi dugaan yang menimpa. InsyaAllah ada rahmat besar disebalik dugaan ini.
sumber lobak merah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan