Kapal Yg Penuh Dengan M#ksiat Dan Dosa Akhirnya Timbul Selepas Tenggelam Selama 80 Tahun..Apa Yang Timbul Selepas Itu Mengejutkan Ramai Orang..
Satu tragedi kapal karam telah berlaku disebabkan oleh ribut taufan yang dashyat telah membadai kapal tersebut, pada 80 tahun yang lalu.
KENAPA SS MONTE CARLO DIGELAR KAPAL DOSA?
SS Monte Carlo atau juga dikenali sebagai ‘kapal dosa’ dikatakan telah karam di tengah-tengah laut sempena hari Tahun Baru pada tahun 1937.
Kapal ini digelar ‘kapal dosa’ kerana merupakan sebuah kapal yang menjalankan kegiatan pel#curan dan perj#dian secara tidak terkawal.
Tetapi apabila ombak besar melanda, sauh kapal tersebut dikatakan telah hilang cengkamannya menyebabkan kapal terbabit hilang pertimbangan lalu hanyut dan tersadai di kawasan pantai Coronado di San Diego, California.
Ekoran dari itu, pelbagai barangan kapal seperti perabot, botol arak dan juga mesin judi bertebaran ke kawasan pesisir pantai dan menyebabkan ramai orang telah mengambil kesempatan dengan membawa pulang barangan tersebut.
2 INDIVIDU SAHAJA SELAMAT
Namun difahamkan, hanya dua individu yang berjaya diselamatkan dan memandangkan kapal tersebut menjalankan kegiatan yang tidak sah di kawasan perairan antarabangsa, maka tiada pihak yang berani tampil ke hadapan.
Dalam pada itu, taufan yang melanda juga telah menyebabkan kapal tersebut karam dan sehingga kini masih lagi kekal di dalam ‘perkuburan lautan.’
MUNCUL SELEPAS EL NINO MELANDA
Fenomena El Nino yang berlaku pada tahun 2016 telah menyebabkan sebahagian besar kapal tersebut muncul dari dasar laut setelah sekian lama terkubur.
Pasir yang selama ini menutup kapal tersebut telah terhakis sekali gus mendedahkan bahagian kapal karam sepanjang 90 meter tersebut akibat ribut El Nino.
Terdapat beberapa laporan yang diterima daripada para pengunjung tentang penampakan ‘ wanita yang sedang menari di atas meja’, menurut Pengarah Eksekutif Muzium Sejarah dan Seni Coronado, Joe Ditler.
Namun ada juga beberapa spekulasi mengenai kewujudan wang syiling yang dianggarkan bernilai melebihi RM600,000.
Jelas Ditler kepada San Diego Union Tribune, “ada seorang lelaki memberitahu saya bahawa dia melihat banyak duit syiling bertaburan di atas lantai kapal tersebut.”
Bangkai kapal tersebut dikatakan boleh dilihat dari kawasan tepi pantai ketika air surut.
Para pelancong dan penduduk tempatan juga dilihat sering mengunjungi serta memanjat bahagian kapal tersebut walaupun telah diberi amaran oleh pasukan penyelamat pantai Coronado.
sumber : berita media online
Video Berkenaan KAPAL SS MONTE CARLO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan