Anak rusa kutub putih yang jarang ditemui baru-baru ini dilihat di Oslo, Norway oleh jurugambar Mads Nordsveen dan gambar-gambar diambilnya begitu mempesona dan cantik.
Kredit: catersnews
Jurugambar yang berusia 24 tahun itu berkata: “Saya berjalan di pergunungan untuk mencari landskap yang bagus untuk fotografi dan tiba-tiba saya melihat makhluk kecil yang indah ini.” Sementara haiwan itu hampir sepenuhnya disamar oleh latar belakang musim sejuk bersalji, Mads Nordsveen berkata anak rusa kutub tersebut tidak membuat percubaan untuk menyembunyikan diri atau melarikan diri dan bahkan membuat ‘gaya’ untuk beberapa gambar gunung.
Kredit: catersnews
Pengalaman Nordsveen lebih berharga daripada gambar yang dia dapat ambil: “Dia datang sangat dekat dengan saya dan kami saling memandang antara satu sama lain. Selepas beberapa minit ibu rusa kutub bayi itu keluar dari pokok di belakang. Ia berjalan selama beberapa minit sebelum berlari kembali ke ibunya. Ia sangat ajaib dan seperti kisah dongeng.”
Kredit: catersnews
Rusa kutub putih mempunyai mutasi genetik yang tidak biasa – menghilangkan bulu pigmen mereka untuk membolehkan mereka menyamar dalam persekitaran salji. Tidak seperti albino, mereka masih mempunyai pigmentasi gelap di mata dan tanduk mereka.
Kredit: catersnews
Kredit: catersnews
Kredit: Mads Nordsveen
Ini bukan kali pertama jurugambar atau pengembara ini bertuah untuk bertemu seekor haiwan yang jarang ditemui. Dia juga bertemu dengan Lynx dan serigala, kedua-duanya juga ditemui di Norway Utara.
Kredit: Mads Nordsveen
Kredit: Mads Nordsveen
Kredit: Mads Nordsveen
Kredit: Mads Nordsveen
Lawati Instagram dan laman web Nordsveen untuk melihat hasil karyanya yang begitu indah dan menakjubkan.
Sumber: boredpanda
kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan