Isnin, 10 Disember 2018

Dah 6 years kawin tanpa zuriat, aku rasa Anis ni sampah. Mlm tu aku bawa perempuan karoke balik rumah, aku suruh Anis tido luar


Aku malas nak kenalkan diri. Cukup sekadar korang tahu nama aku Amer. Tahun ni aku masuk 31 tahun. Dah berkhidmat 7 tahun dalam sektor kewangan. Graduan UKM. Sekarang menetap di Selangor.
Sebelum ni aku pernah berkahwin. Dengan kekasih pilihan hati aku sejak di zaman universiti. Dia student Law. Aku kenal dia masa pergi program universiti kat perkampungan Orang Asli. Nama dia aku rahsiakan, cukuplah korang anggap nama dia Anis.
Aku kenal dengan Anis dari tahun kedua pengajian sampai sama-sama graduate. Officially bawa jumpa dia kat mak ayah aku masa tunggu konvo. Dia dari Kelantan naik bas pergi Perlis. Jumpa mak ayah aku. Pastu mak ayh aku amik cuti kerja, sama-sama pergi hantar dia balik Kelantan. Jumpa mak ayah dia sekali.
Masa tu aku rasa, aku je lah yang paling happy kat dunia fana ni. Graduan universiti, ada awek cun, adik beradik duk puji lambung sana sini. Memang rasa bahagia amat-amat.
Lebih kurang setahun aku tanam anggur, aku dapat kerja kat bank swasta. Dari Perlis aku berhijrah ke Selangor. Kerja. Menyewa dengan kawan-kawan baru. Aku nekad, tiga bulan kerja aku nak masuk mintak Anis jadi isteri aku. Aku kumpul duit pelan-pelan nak kahwin dengan Anis.Anis tak pernah putus-putus memberi sokongan kat aku. Kuatkan semangat aku bila stress kerja. Lagi lah bersemangat aku nak kahwin dengan dia. Mak ayah kakak abang pun asyik tanya bila nak nikah, bila nak nikah. Aku pun apa lagi. Makin pecut kumpul duit .
Alhamdulillah, walaupun aku target selepas 3 bulan kerja nak kahwin dengan Anis, tapi lepas 7 bulan kerja baru aku dapat kahwin dengan dia. HuhuKita orang happy sebagai suami isteri . Sungguh bahagia. Anis kerja sambilan kat firma guaman. Dia kata nak fokus duduk rumah dulu. Uruskan rumah tangga. Lepas tu dia kata nak sambung master. Aku ikut ke lah. Tak kisah dia nak kerja ke tak nak. Sebab aku rasa bahagia dah masa tu.
Hari-hari kami berdua pun indah je. Tapi lama-kelamaan selepas dua tahun kahwin. Aku dengan Anis mula rasa serabut. Mak ayah aku mak ayah dia tak sudah-sudah tanya bila nak dapat anak.Ta cukup dengan orang tua tanya, adik beradik, sepupu sepapat, sepupu tak sepapat, kawan-kawan belajar dulu, kawan kerja. Semua mari duk tanya aku dengan Anis bila nak ada anak. Bila nak ada family besar.
Mula-mula tu memang aku rasa macam alah biasa Ler orang nak tanya. Aku fikir positif, baru dua tahun kahwin. Mungkin tahun ke tiga nanti ada rezeki kami suami isteri.Tapi sangkaan aku meleset. Tahun ketiga pun tak dapat anak lagi. Macam-macam dah cara aku ikhtiarkan. Berubat kat klinik swasta. Beratus habis check luar dalam. Aku dengan dia. Sama-sama buat rawatan. Sampai ada masa-masa tertentu, lembik dia kepenatan sebab berubat.
Aku pun rasa kesian juga kat Anis sebab bukan salah dia. Rezeki kami belum sampai. Buat lah macam mana pun tak akan datang juga anak tu.Aku keep fikir positif. Tapi masuk 6 tahun kahwin, umur dah 30. Anak tak ada lagi. Aku jadi bengang. Aku rasa macam tak boleh terima. Aku rasa nak marah. Tak puas hati. Tapi aku tak tahu nak kat siapa. Aku lepaskan kat Anis.
Balik kerja aku rasa menyampah tengok muka dia. Asyik muka dia je. Aku pun nak juga balik kerja ada anak-anak berlari sambut aku. Panggil aku ayah ke papa ke. Apa-apa lah.Aku selalu marah-marah dia. Dia masak untuk aku pun aku tak makan. Jarang aku balik kerja aku makan kat rumah. Aku banyak melepak dengan kawan-kawan aku yang kuat sembang kosong kat kedai mamak. Anis call pun aku jarang angkat.
Aku selalu rasa tak ada selera dengan Anis tu. Aku mula balik lewat. Aku agak si Anis dah tidur baru aku balik. Aku sengaja jarak jauh-jauh masa nak tidur dengan dia. Sampai pernah aku tarik bantal tidur depan tv kat ruang tamu.
Sampai lah satu pagi tu aku bangun. Hari Sabtu tak silap aku. Tak kerja. Aku keluar pergi dapur, nampak sarapan dah siap. Macam biasa, dia memang tak pernah skip buat kerja rumah. Masa nak makan, dia macam berkias nak buat luahan perasaan kat aku. Dia sedih sebab aku dah cold dengan dia. Aku buat tak dengar je. Lansung tak peduli. Aku ingat dia paham lah bila aku buat tak dengar tu maknanya aku malas nak layan lah. Tapi dia pergi sambung berjela sampai aku angin. Masa tu jugak lah aku pertama kalinya tengok dia menangis depan aku lepas hari nikah kami.
Dia tak henti minta maaf dekat aku sebab tak dapat bagi aku anak. Dia kata tu bukan kudrat dia. Dia lagi nak kan anak untuk teman dia di rumah masa aku kuar kerja. Dia sanggup korban tak kerja sepenuh masa kat firma tu sebab dia nak jaga rumah. Dia ready di awal perkahwinan lagi nak jaga aku dan bakal Anak kami. Tapi rezeki belum sampai. Sampai hari ni aku masih ingat kata-kata dia pagi tu. Sebak dia, pilu dia.
Sedih juga dalam hati aku. Tapi kejap je. Lepas tu aku rasa macam biasa. Buat tak tahu. Aku terus menerus hiraukan dia hari ke hari. Kawan aku pula sorang tu kaki karaoke. Dia selalu ngajak aku pergi karaoke. Masa tu aku kenal dengan seorang perempuan nama Nurul. Cun. Selalu ikut member aku pergi karaoke. Kat situ lah kami kenal. Selalu Lunch sama sebab mall tempat dia kerja tak jauh dengan bank aku.
Dua bulan kenal, lepas habis Karaoke pukul 2-3pg. Aku berani bawa dia balik rumah. Sumpah! Aku halau Anis tidur bilik sebelah, aku dengan perempuan tu dalam bilik kami.
2x aku buat macam tu sebab masa tu dah mabuk angau dengan Nurul tu. Anis keluar dari rumah pun aku tak tahu. Sebab dah tak peduli. Aku perasan dia keluar rumah tu sebab baju banyak tak ada dalam almari. Barang-barang dia banyak dah tak ada dalam rumah. Sikit pun aku tak heran.
Tak lama lepas tu family aku dapat tahu pasal aku kaki karaoke. Bawa balik perempuan kat rumah. Ada perjumpaan besar dalam family aku. Last year bulan 11. Semua mak cik pakcik aku kumpul nak selesaikan masalah. Anis pun datang. Masa tu dekat sebulan aku tak jumpa dia sebab dia dah blah keluar rumah. And jumpa kat perjumpaan gempar tu. Terkejut juga dia ada sekali.
Malam tu teruk aku kena basuh dengan mak ayah aku. Abang kakak ipar duai. Mak cik aku tampar-tampar badan aku kuat. Aku buat tak kisah. Sampai satu perkataan ni keluar dari mulut mak aku. Aku macam masuk hantu. Tak boleh terima.
“Celaka! Kau ni anak celaka!”
Tersembur je ayat ni keluar dari mak aku. Aku tetiba jadi macam masuk hantu. Nak marah. Aku terus serang Anis sebab aku memang tahu, sah-sah bini aku tu yang bagitahu perkara aku dan Nurul kepada family aku. Aku marah dia depan family aku ymh datang hari tu.
Bapak aku bertegas suruh aku tukar tempat kerja. Biar aku jauh dari Nurul. Tapi masa tu memang aku tengah layan cinta dengan Nurul. Aku memang tak hirau apa. Pakcik aku pula kata yg aku dengan Anis kena berjauhan sementara bagi aku sedar kesilapan aku.
Anis terus menyampuk, dia kat dia tak akan minta cerai dengan aku sebab dia tahu aku bukanlah seorang yang begitu, aku cuma tertekan dan bertindak ikut perasan. Dia mahu bagi peluang. Aku dengar kata-kata dia, aku ketawa. Aku kata, aku boleh hidup tanpa dia. Aku nak kahwin dengan Nurul. Mungkin perempuan tu boleh bagi aku keluarga macam orang lain ada. Boleh buat aku happy.
Lepas je aku kata macam tu, ayh aku dah nak tumbang sebab terkejut. Malam tu juga aku lafazkan cerai talak satu kepada Anis. Malam tu juga makcik aku bawa dia balik bermalam di rumahnya. Aku?
Dihalau rumah oleh mak dan abang aku. Aku terus pecut balik Selangor dari Perlis. Sejak dari tu, aku tak peduli pasal dia. Jumpa dia 2x je kat mahkamah untuk urusan sikit. Itu pun aku pergi dengan Nurul. Jadi, tak ada lah berbual. Cuma nampak dia je lah depan mata. Tegur ke apa tak ada. Macam tak kenal. Dia pun tenang ke berhadapan dengan aku meskipun ada Nurul dengan aku kt Situ.
Tempoh edah kurang lebih tiga bulan tu memang aku tak da contact dengan dia. Aku banyak kerja di pejabat, malam jump kawan kat karaoke. Ada masa kami konvoi kereta dengan member lain ke Krabi. Singapore. Macam biasa, dengan Nurul .
Tapi tak lama, Tuhan bagi aku balasan setimpal dengan perbuatan aku tak sampai 5 bulan aku bercerai. Nurul terkantoi ada hubungan lain dengan mamat India kaya dari KL. Kawan aku kaki karaoke yang bagitahu . Kata dia sebelum aku serius dengan Nurul lagi mamat tu dah dapat dia. Cuma tak selalu jumpa sebab mamat tu selalu pergi luar negara kerja. Masa dia tak da baru lah Nurul keluar berjoli. Masa tu jugak aku tahu Nurul ni disogok beribu-ribu setiap bulan oleh Mamat India tu.
Hati aku bukan hancur, jadi kosong sebab tak tahu dah nak reaksi macam mana. Punya aku plan nak hidup dengan dia. Boleh kawan aku rahsiakan perkara tu kat aku. Bila benda ni kantoi, masa tu juga aku tahu yg kawan-kawan ofis even yg jaga kaunter-kaunter bank pun selama ni mengutuk perbuatan dan tindakan aku. Kaki karaoke, bawa balik perempuan kat rumah, bergaduh dengan isteri, ceraikan isteri. Lebih hebat bila kau tahu siapa dalang di sebalik gossip tu. Member kau yang ajak kau terjebak dengan benda buruk tu. Yang ajak kau jumpa perempuan tu. Pergi Karaoke , pergi bercuti dengan perempuan tu sampai ke Thailand sana.
Tuhan sahaja tahu betapa aku rasa hina . Nak pergi kerja ni pikir beratus kali. Sebab malu dan ego nak berhadapan dengan orang. Waktu tu satu je terlintas di fikiran aku. Anis.
Aku jadi rindu betul kat dia. Rindu yang sampai bila kau teringat nama dia je buat lubuk hati kau rasa semacam, rasa sakit, rasa kosong. Masa tu baru kau tahu. Tak jadi apa dah kau nak buat apa-apa pun. Kau dah tak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Memang tak ada. Zero.
Kau nak jumpa kau tak tahu dia ada kat mana. Kau nak cari dia tak dapat sebab kau dah putus hubungan. Nombor telefon dia yg baru kau takde. Nombor telefon bekas mertua dan ipar duai pun mereka tak angkat. Kau cuma boleh tengok gambar lama kau dengan dia. Tu je.
Aku jadi angau sendirian. Lama kelamaan, balasan yang aku terima lagi teruk. Bulan puasa aku hari tu. Seorang. Tiada siapa yg kejutkan aku sahur. Siapkan sahur aku. Tiada yg siapkan berbuka. Tiada yang teman aku berbuka. Tiada yg teman kan aku berjalan di bazar. Kosong. Hidup aku kosong.Loooooooser!
Raya aku pun seorang di rumah. Aku tak boleh balik rumah mak. Ayah aku tak benarkan. Kakak abang adik aku seorang pun tiada yang bantah. Pagi raya tu memang aku rasa sangat berdosa. Sampai terfikir nak bunuh diri sebab rasa hidup dah tak ada apa-apa. Nak hdap orang pun dah malu. Nak duduk rumah pun kosong jiwa,minda. Aku jadi tak tentu arah.
Kenagan 7tahun kahwin dengan Anis betul-betul mainkan jiwa aku pagi raya tu. Terkenang setiap kali pagi raya dia lah yang gosokkan baju. Tahankan tangan kat perut aku nak pakai samping. Pasangkan butang baju Melayu. Ambil gambar bersama depan cermin bilik. Minta maaf dengan aku walaupun tak ada salah yg dia buat. Hidangkan aku makanan sebelum hidangkan kt mak ayh aku atau mak ayah dia. Pergi rya bersama kat rumah kawan-kawan dia. Kawan-kawan aku. Kawan-kawan zaman belajar.
Paling buat aku terasa, bila balik kerja, aku parking kereta. Aku tengok ke atas, rumah aku gelap. Tiada lagi lampu yang nyala. Tiada lagi isteri yang tunggu kepulangan aku dengan senyuman, ciuman dan makanan yang sedap lazat. Tiada lagi yang sediakan pakaian tidur aku. Tiada yg temankan aku mandi. Tiada yg temankan aku menonton TV.
Tiada lagi wajah indah yang menemani tidur aku. Semua Hanya tinggal kenangan. Kepala aku jadi serabut, jiwa aku makin berat hari ke hari. Selalu aku tak datang ke kerja sebab jiwa aku kacau. Sampailah manager aku datang ke ofis aku sendiri dan bai aku pertukaran cawangan akan tempoh 48jam.
Di cawangan baru tu aku dapat semangat baru. Aku terjumpa dua pupu Anis yang bekerja di situ . Aku merayu untuk dapatkan nombor telefon Anis. Aku berusaha untuk berjumpa dengan dia. Akhirnya selepas beberapa kali mencuba, dia membalas juga text aku.Kami jumpa di satu restoran di kawasan Kelana Jaya. Anis yang request nak jumpa di situ. Rupa-rupanya dia sudah menerima pelawaan untuk berkerja sepenuh masa di firma guaman tu. Dan firma hantar dia bekerja di HQ.
Satu perasaan yang datang bila aku nampak Anis berjalan ke arah aku. Aku rasa sangat bodoh. Perempuan yang berjalan tu adalah seseorang yang pernah menjadi sangat bermakna untuk aku. Kini dia bukan lagi sesiapa untuk aku. Memang sial aku ni. Bodoh.Anis tenang datang jumpa aku. Aku terus mulakan dengan permohonan maaf yg bertubi-tubi. Anis hanya kata, tak apa. Saya dah lama maafkan. Saya tak pernah berdendam atau apa-apa marah pun kat awak.
Aku merayu juga untuk dia kembali semula hidup dengan aku. Hidup aku pun dah huru-hara sejak pisah dari dia. Dia berkeras tak mahu.Kini hidup aku seolah-olah tak ada tujuan. Pergi kerja balik kerja. Tak indah seperti dulu. Bila ada isteri yg memberi semangat dan sokongan kepada aku untuk teruskan hidup hari demi hari.
Buat korang, hargailah selagi mana ada dengan korang. Kita ni kadang-kadang tak sedar betapa pentingnya dan berharganya seseorang itu bila dia bukan lg milik kita.Doakan aku supaya terus cekal dan menjadi hamba yg baik di muka bumi ni. Aku tak nak kembali ke sana dalam keadaan yang berdosa dan hina.
Amer via utusankami
kredit:ekisah.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan