Sabtu, 8 Disember 2018

Mimpi Indah Murtaza ‘Messi’ Hanya Sementara, Dulu Terkenal Seluruh Dunia, Kini Diburu Untuk Dibunuh



Serangan Taliban telah memaksa peminat muda Lionel Messi, Murtaza Ahmadi dan keluarganya untuk melarikan diri dari rumah mereka di selatan Afghanistan.
Pada tahun 2016, nama Murtaza disebut-sebut seluruh dunia apabila berkesempatan bertemu dengan idolanya, Lione Messi di Qatar.
Perjumpaan itu merupakan perjumpaan yang paling bermakna buat dirinya kerana diberi peluang berjalan berpegangan tangan bersama Messi dan mendapat jersi dengan tandatangan pemain bola sepak dunia itu.
Imej via Telegraphco
Imej via Sputnik International
Namun pun begitu, mimpi indah Murtaza tidak selamanya indah.  Kini dia merupakan antara ribuan orang yang sedang bergelut dengan serangan Taliban di Kabul dan bermati-matian menyelamatkan diri daripada puak itu.
Tidak sempat membawa apa-apa, Murtaza sekeluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka sehelai sepinggang.
“Kami meninggalkan semuanya di Jaghori.  Mak saya minta saya tinggalkan semua termasuk bola dan baju yang diberi Messi,” katanya dengan mata yang bergenang.
Imej via BBC
“Saya rindukan Messi, saya rindukan baju dan bola sepak itu.”
Apa yang lagi menakutkan adalah, nyawa Murtaza kini turut diancam.  Dia didakwa menjadi sasaran puak Taliban.
“Selepas Murtaza bertemu Messi di Qatar, keadaan menjadi rumit dan kami hidup dalam ketakutan, kerana orang di sekeliling kami menganggap Messi telah memberi kami banyak wang,” katanya.
“Kerana semua ini, kami takut bahawa dia akan diculik dan kami mengunci Murtaza di rumah dan tidak menghantarnya ke sekolah selama dua tahun.”

“Jika dia ditangkap, pasti badannya akan dipotong.”
Pada masa ini mereka bergantung kepada bantuan pelbagai NGO dan saudara-mara, tetapi Murtaza tidak melupakan janji Messi kepadanya.
“Messi memberitahu saya ‘ketika anda agak tua, saya akan membetulkan sesuatu untuk anda,'” kata lelaki itu.
Sumber: Marca
Kredit:siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan