Ahad, 9 Disember 2018

Berbulan Suami Isteri Tidak Menjalankan Tanggungjawab Batin Tetapi Pada Suatu Hari Isteri Ini Memberi Satu Isyarat Nakal Kepada Suami


Hi.. nak kongsi cerita pasal realiti sebuah relationship. Yg positif jadikan pelajaran, yg negatif jadikan sempadan. Aku seorang wanita 30-an, dah 6 tahun kawen & ada 2 cahaya mata. Aku nak cerita pasal satu turning point utk kisah cinta halalku. Anak 1st lahir dlm tahun pertama relationship kami (aku term kan relationship, bunyi hipster sikit). Masa tu semua smooth, kami masih boleh bergurau, semua nya indah. Aku ingat lagi aku siap dapat bunga lepas bersalin. Auww.. berbunga2 lah sbb aku dah lahirkan zuriat comel utk dia.
Bila anak kedua lahir pada tahun kedua relationship.. aku rasa sangat stress nak handle anak2 kecil yg hanya jarak 14 bulan dari satu sama lain. Tambah lagi kami tak ada emotional support dari family sebab dua2 belah jauh dari tempat kami cari rezeki. Kalau ikut tahun, anak2 jarak 2 tahun. Dengan stress kerja, nak bayar bil itu ini, nak keep up dengan demand anak2 kecil, waktu kerja yg panjang & demanding juga, kami dah jarang spend time bersama. Dalam pada tu aku breastfeeding dan pakai implant kat lengan sebagai kaedah pencegahan kehamilan. Tambah susah lagi, sampai lah anak sulung masuk ke umur 4 tahun, dalam setahun confirm 3-4 kali warded kat hospital sebab asthma.. ada juga 2-3 kali kami bergegas ke bilik kecemasan pagi2 buta. Kami sgt sibuk dgn urusan anak2.

NAFSU TELAH HILANG

Sesx drive aku absolutely zero. Kalau suami perlu pun kdg2 tolak, kdg2 aku paksa diri & just fake it. Dalam 2-3 tahun tu aku tak enjoy & tak rasa apa2 pun dari hubungan kitorg. We just became what we needed from each other. Hubungan intiim dalam sebulan mungkin sekali, atau tak ada langsung. Bila fikir balik kesian pulak kat suami.. tapi dia sangat memahami. Lama2 bila aku kurang ke arah tu kami pun semakin “jauh” walaupun hari2 celik mata dah nampak dia. Anak kedua sangat clingy so kene tido skali dengan aku sebab faktor breastfeeding jugak. Suami pun start tido asing.. kdg2 dia nak bangun pagi bute nak tengok bola. Kami sekeluarga langsung tak ada pegi bercuti ke, pegi picnic ke, shopping ke, even makan kat kedai pun jarang sbb kami berdua dah cukup stress dgn kerja & tak sanggup nak handle anak2 kecik. Dalam kereta pun aku duduk seat belakang sbb nak uruskan anak.

KESIBUKAN KERJA MENJADI FAKTOR RENGGANGAN

Aku perasan dlm fasa hilang focus tu, dia mula terang2 describe kelemahan2 aku dan aku pun mudah sangat nak rasa marah2 dekat dia balik. Aku rasa macam jiwa memberontak tapi aku tak tahu sebab apa. Ada sekali aku lupa basuh baju pun dia kata aku malas. Padahal aku dah buat byk lagi benda lain dia tak appreciate, cuma pada hari tu kebetulan aku lupa nak masukkan baju dlm mesin basuh. Kdg2 tension tu terlalu tinggi sampai aku ada terfikir nak berpisah dgn dia. Aku tak check dah phone dia, apa dia post kat socmed, pendek cerita kami buat hal masing2. Kdg2 salah faham berlaku sbb aku tak faham apa dia nak sampaikan. Mcm rasa lost sgt. Dah fed up nak try to please him aku pun just focus pada career & membesarkan anak2.. masa ni syaitan mmg bertepuk gembira. Berlarutan lah mcm tu sampai tahun kelima relationship kami.. kedua dua pihak selambe je anggap benda tu normal.
Awal tahun ni aku naik pangkat & bertukar jawatan ke jawatan yg lebih laid back instead of perlu ke hulu ke hilir kerja mcm tentera semut. Bila mcm tu aku ada byk masa nak baca facebook. Ada hikmah jugak layan sosmed ni ehh.. Anyway aku jadi mcm tersedar bila baca byk kisah2 curang & keruntuhan rumahtangga berlegar dlm media sosial termasuk KRT & iiumc.. Heheh. Aku rasa kes curang ni betul2 unacceptable dan aku mula sedar aku dah fed up hidup hambar mcm ni & aku kene buat something utk mengorat suami aku. *Terima kasih le pada confessor2 yg sudi post cerita2 yg boleh dijadikan pengajaran walaupun makcik pakcik bawang berbakul maki kat ruangan comment.

USAHA UNTUK PERBAIKI HUBUNGAN SUAMI ISTERI

So what I did, aku start google mcm mana aku bole improve diri.. aku tak bincang dgn suami, semua mcm normal cuma aku mula buang tebiat hantar wasap2 pickup line yg aku copy paste dari internet. Dia langsung tak layan.. hahaha! Aku pun start ajak dia makan kat luar bwk anak2, tukar2 review menu cafe2 baru, masak apa dia suka, start cek hp dia sikit2 (thankfully dia tak ubah password phone which is sama dgn password phone aku since tunang lg.. ohh berbunga hatiku). Aku mula respon cepat setiap kali dia whatsapp. Aku letak ringtone special utk dia supaya aku alert & takkan miss call dari dia. Aku mintak izin dia ke mana2 aku nak pegi dan tak reluctant utk cancel activity aku kalau dia kata tak boleh. Pakaian dia pun aku start filter yg lama2 & gantikan dgn yg baru. Waktu lunch aku ajak dia makan sama2 kalau tak busy. Tgk bola kat tv sama2 & buat2 tanya dia soalan bodoh pasal bola supaya dia annoyed.. haha.

KADANG KADANG TERPAKSA FAKE

Tapi aku tau, dia suka je bila aku buat2 tanya cam tu. Banyak mengalah & ikut dia dlm mcm2 hal.. walaupun kdg2 aku terpaksa fake kan aje. Terpaksa korban perasaan sendiri utk sementara.. omputeh kata fake it til you make it. Above all, aku just nak bagi tau dia secara subtle, aku hormat dia sebagai suami. Somehow aku ada rasakan dia dpt “mesej” aku tu tapi dia tetap poker face gitu.. so i have no idea if he gets me.
Setelah berbulan kami tak berhubungan intiim, satu hari secara spontan aku terbagi signal nakal kat dia. Aku pun tak expect ape2 sbb dia bukan jenis yg faham pun.. haha. Lepas habis perlawanan bola kat tv, tgh2 aku scroll fb dlm bilik, dia masuk & panggil aku ke luar bilik, tinggalkan anak2 tido dlm bilik. Aku pun blur.. ehh dia nak apa nih. Tapi masa tu aku ingat ni lah peluang aku utk buat dia jatuh cinta kat aku balik. Mlm tu aku just focus semua pada dia, sbb aku fikir aku nak buat dia happy je.

TEKNIK NAKAL MENJADI

To my surprise (and finally).. this is the turning point.. kami jumpa balik happiness yg kami cari! 5 tahun berlalu & itu la first time aku appreciate bersama dgn dia. Sbb kami dua2 happy selepas peristiwa tu, dia pun start open up balik & komunikasi makin rancak so salah faham dah berkurangan. Sampai sekarang aku ulang2 je skill mengorat mcm kat atas, dia pun dah start miang dia, termakan umpan. haha (its ok, i like it)
So apa yg aku belajar dari pengalaman ni, dlm relationship kita kene sentiasa berwaspada dgn perkara2 yg boleh buat kita hilang fokus pada rasa cinta terhadap pasangan. Bila usia meningkat mcm2 event yg berlaku & memerlukan komitmen kita, tapi jangan hilang fokus pada relationship. Walaupun anak2 mmg tanggungjawab kita utk beri jiwa raga utk membesarkan mereka, jangan lupa pada perasaan pasangan yg mungkin kita terlepas pandang.
Dulu aku tak boleh faham pun bila dlm bab munakahat ada menyentuh pasal “bergurau suami isteri”. Budak2 lagi.. ingat kawen tu pasal sesx je. Sekarang aku boleh faham bende tu.. Its not just sesx, but things that are leading to it. Those things are important.

BERSYUKUR DENGAN SUAMI BEGINI

Aku beruntung suami aku ni tak hilang fokus sampai nak main kayu tiga (kalau ada pun, aku dah tak perlu tahu dlm fasa skrg). Tapi kalau aku hilang fokus lg, ada kemungkinan benda tu boleh berlaku.. nauzubillahiminzalik. Aku harap tak ada lagi org Islam kita hanyut dgn drama cinta bersegi2 sehingga meruntuhkan institusi rumahtangga. Jangan mudah give up dan memilih perceraian just because you think you can go through it. Amik pengajaran dari kisah2 sekeliling kita & usaha perbaiki diri.
Perigi cari timba.. til Jannah.
Puan Confessor via iium confession
Sumber : Ekisah Dot Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan