Hukuman mati bagi penjenayah biasanya dijatuhkan oleh mahkamah kepada mereka yang melakukan jenayah-jenayah yang serius seperti membunuh dan mengedar dadah dalam jumlah yang banyak. Walaupun rayuan boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada keputusan muktamad hakim.
Bagi mereka yang dijatuhkan hukuman mati, terdapat beberapa kaedah bagi melaksanakan hukuman ini. Antaranya termasuklah tali gantung, ditembak dan juga kerusi elektrik. Bagi kebanyakan orang, hukuman mati dengan cara kerusi elektrik adalah yang paling mengerikan.
iluminasi.com ingin berkongsi 6 fakta mengenai hukuman mati menggunakan kerusi elektrik.
6. Kerusi elektrik dicipta oleh doktor gigi
Seorang doktor gigi dari Buffalo, New York iaitu Alfred Southwick, adalah pencipta kepada kerusi elektrik. Beliau merupakan doktor gigi yang mempunyai latarbelakang mekanik. Beliau mendapat idea penciptaan kerusi elektrik ini ketika terbaca kes kematian seorang lelaki mabuk yang memecah masuk ke sebuah bangunan dan tersentuh kotak elektrik. Ideanya itu telah dicadangkan untuk melaksanakan hukuman mati terhadap banduan dan ia diterima.
Kerusi elektrik tersebut terlebih dahulu diuji oleh Alfred ke atas haiwan bagi mengosongkan pusat haiwan yang tidak diambil oleh manusia untuk dibela.
5. Dipakaikan lampin pada banduan
Apabila arus eletrik dengan voltan 500 hingga 2000 melalui tubuh badan seseorang, terdapat banyak perkara yang berlaku pada tubuh tersebut, selain mati. Ketika di saat-saat akhir, usus dan pundi kencing merehatkan otot-ototnya yang bermaksud tidak menahan apa-apa yang keluar darinya. Ia merupakan perkara yang tidak disengajakan dan tidak ada kena mengena dengan ketakutan yang dialami oleh mangsa.
Renjatan elektrik tersebut mengakibatkan mangsa terberak dan terkencing, termasuk muntah darah. Jadi bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan, pengawal akan memberika lampin kepada banduan ketika membuat persediaan terakhir. Terdapat juga kes di mana banduan diberikan prosedur enema yang mana gas atas cecair disuntik masuk ke dalam rektum dan mengeluarkan kandungan yang ada terlebih dahulu.
4. Kegagalan kerusi elektrik mengakibatkan banduan terbakar
Sebagai ciptaan manusia, pastinya ia mempunyai kelemahan. Dan jika hanya sedikit kelemahan berlaku, ia akan menyebabkan kegagalan membunuh banduan malah menyebabkan badan banduan terbakar. Dilaporkan terdapat beberapa kes di mana badan banduan terbakar ketika suis dihidupkan yang menyebabkan mangsa mengalami kesakitan yang amat sangat.
Seorang banduan bernama Pedro Madina sedang menunggu hukuman matinya pada Mac 1997. Ketika Pedro duduk di atas kerusi elektrik dan semuanya seolah-olah bersedia, tuil kemudiannya ditarik bagi memulakan hukuman. Namun, menurut seorang saksi, beliau ternampak api menyala di atas kepala Pedro. Kejadian itu menyebabkan bau yang sangat busuk keluar dan menyebabkan 2 orang saksi hampir muntah.
3. Bebola mata terkeluar
Tenaga elektrik yang melalui badan banduan menyebabkan badannya seolah-olah "dimasak" dan tisu-tisu lembut menjadi bengkak. Apabila bercakap mengenai tisu lembut, ia termasuklah bebola mata. Dalam sesetengah kes, apabila tuil ditarik dan arus elektrik mula bergerak, ia mengakibatkan badan membengkak dengan cepatnya dan membuatkan bebola mata terkeluar dari soketnya lalu tergantung di wajah banguan.
Selain itu, suhu kerusi elektrik yang sangat melampau boleh menyebabkan bebola mata menjadi cair. Bagi mengelakkan kejadian ini daripada berlaku dan menyebabkan saksi-saksi terkejut, mata banduan biasanya dililit menggunakan pita pelekat terlebih dahulu.
2. Melalui banyak prosedur sebelum hukuman dilaksanakan
Disebabkan banduan akan dihukum mati, tak semestinya mereka akan ditarik dan dihumban ke atas kerusi elektrik. Prosedur-prosedur yang dilakukan adalah mencukur rambut banduan dan diberi makan terlebih dahulu pada malam sebelumnya. Ketika sampai hari tersebut, banduan dibawa duduk di atas kerusi dan span yang dilembapkan dengan air garam diletakkan di atas kepala melancarkan bagi kekonduksian. Span itu kemudiannya ditutup dengan penutup kepala yang diperbuat daripada logam.
Span tersebut hanya perlu lembap dan bukannya basah, kerana span yang basah akan menyebabkan litar pintas. Satu lagi elektrod dibasahkan dengan jeli dan dipasangkan pada kaki banduan yang juga dicukur. Akhir sekali, penutup mata atau sarung kepala dipakaikan pada banduan, dan semuanya sudah siap.
1. Pelaksanaan hukuman
Setelah semua prosedur dijalankan, banduan yang terduduk di atas kerusi elektrik hanya menunggu masa. Warden yang bertanggungjawab akan memastikan semuanya telah disiapkan, dan memberi signal kepada pelaksana. Pelaksana tersebut kemudiannya akan menarik tuil bagi menghidupkan arus elektrik. Satu renjatan di antara 500 hingga 2000 volt akan melalui badan banduan dan akan kekal selama 30 saat.
Selepas 30 saat, arus elektrik dimatikan dan doktor yang bersedia menunggu badan banduan untuk sejuk seketika. Jika tersentuk badan banduan sejurus selepas hukuman dilaksanakan, boleh menyebabkan lecur. Setelah badan banduan sejuk, doktor akan memeriksa sama ada jantung banduan masih berdegup, dan jika tidak, pemeriksaan sekali lagi dilakukan dan waktu kematian diumumkan.
Jika masih terdapat degupan jantung yang mana sangat jarang berlaku, satu lagi renjatan akan dilakukan, sehinggalah banduan tersebut benar-benar tidak bernyawa lagi.
Rujukan : The Richest
sumber:iluminasi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan