Sabtu, 1 Disember 2018

5 Rakan Karib Mencipta Semula Gambar Yang Sama Untuk 35 Tahun


Rakan karib ini menggunakan pose dan gaya yang sama untuk gambar mereka bersama sejak 35 tahun lalu.

Membentuk sebuah jalinan persahabatan merupakan perkara yang tidak sukar untuk dilakukan. Cabarannya bermula tatkala kita mencuba untuk mengekalkannya. Jika persahabatan itu kekal berdekad lamanya, anda telah menjumpai harta yang jarang ditemui.

Satu hari yang tenang pada tahun 1982, lima orang sahabat sekolah tinggi bercuti ke Tasik Copco dan mengambil sebuah gambar percutian mereka bersama, sebuah gambar biasa sepertimana pelancong lain lakukan. Tetapi gambar yang diambil ini sangat bermakna bagi sahabat yang bertemu di Santa Barbara, California ini. Gambar yang mereka ambil ini merupakan pemula kepada tradisi mereka yang kekal lebih dari tiga dekad.

John Wardlaw, Mark Rumer-Cleary, Dallas Burney, John Molony dan John Dickson telah bercuti bersama berkali-kali, dan mengambil gambar yang sama seperti gambar awal mereka, dengan posisi dan kedudukan yang sama setiap lima tahun sejak 35 tahun yang lalu.

Semuanya sama, gaya dan kedudukan mereka, begitu juga ekspresi muka mereka. Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari muka mereka yang kian meningkat umur, badan serta pakaian yang dipakai mereka. Lelaki berusia 54 tahun ini melakukan penggambaran mereka sebagai sebahagian dari projek “Five Year Photo Project”.

Lima orang sahabat dari sekolah tinggi ini telah mencipta gambar dari tahun 80-an bagi 35 tahun (1982)



John Wardlaw

Dari kiri ke kanan: John Wardlaw, Mark Rumer-Cleary, Dallas Burney, John Molony dan John Dickson (1987)



John Wardlaw

Persahabatan bermula sejak tahun 70-an lagi semasa mereka masih belajar di Sekolah Tinggi Santa Barbara (1992)



John Wardlaw

Semuanya sama, gaya dan kedudukan mereka, begitu juga ekspresi muka mereka (mungkin ada sedikit kelainan bagi ekspresi muka antara mereka) (1997)



John Wardlaw

Mereka yang kini sudah berusia 54 tahun menggelarkan sesi penggambaran mereka sebagai “Five Year Photo Project” (2002)



John Wardlaw

Sahabat-sahabat ini merancang untuk mencipta gambar-gambar (projek ini) ini sehingga mereka meninggal dunia (2007)



John Wardlaw

Sahabat-sahabat ini kini hidup berasingan dan memiliki hidup masing-masing. Namun demikian, mereka tidak akan pernah lepas untuk becuti bersama di Tasik Copco setiap 5 tahun.

Dickson merupakan satu-satunya yang masih tinggal di Santa Barbara dan menjadi pemilik kepada sebuah laman sesawang percutian iaitu santabarbara.com. Wardlaw dan Rumer-Cleary tinggal di Oregon; masing-masing berkerja sebagai jurugambar serta pembikin filem dan jurutera sistem. Burney bertugas sebagai guru di Antioch dan Molony sebagai jurugambar dasar New Orleans.

Sejak gambar terakhir yang diambil mereka lima tahun yang lalu, tiga dari mereka sudah berumahtangga dan Dickson menjadi seorang bapa (2012)



John Wardlaw

Gambar terbaru sahabat karib ini bagi projek “Five Year Photo Project.” (2017)



John Wardlaw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan