Khamis, 6 Disember 2018

13 Hasil Inovasi Pelik Masyarakat Dahulu Yang Mempunyai Fungsi Unik Tersendiri



Adakah anda adalah salah seorang yang sering menganggap bahawa masyarakat dahulu-kala hidup dalam keadaan yang sukar dan kurang inovatif daripada masyarakat pada masa ini?

Terus baca entri ini dan kami akan buktikan bahawa anggapan anda itu sebenarnya adalah salah sama sekali. Sebenarnya, masyarakat dahulu mempunyai daya imaginasi yang yang cukup tinggi sehinggakan mereka mampu mencipta pelbagai perkara yang berguna dan kadang-kala terlihat agak aneh.

Sebagai contoh, terdapat pil pembersih badan yang boleh digunakan semula, dan pil ini juga boleh diwarisi. Selain itu, terdapat juga penemuan pasu untuk kereta, alat untuk mengukur jumlah tepukan tangan, jam matahari, garpu pembakar, dan pelbagai objek lain yang aneh.

Sudahkah anda bersedia? Ayuh kita lihat dan ketahui 13 koleksi aksesori dari ciptaan masyarakat lama yang aneh dan menarik untuk difikirkan.

13. Pasu untuk kereta



Kredit: weavves / Reddit

Bentuk pasu ini pastinya mengingatkan anda kepada tanduk untuk arak, bukan? Tetapi sebenarnya pasu ini mempunyai tujuan yang sama sekali berbeza. Sebenarnya, pasu ini adalah pasu untuk menghias bunga di dalam kereta. Bunga yang digunakan bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan dalaman, tetapi juga sebagai penyegar udara semula jadi.



Kredit: perfection_carvase/Instagram

Pasu seperti ini boleh didapati dalam kereta yang dihasilkan pada separuh pertama abad ke-20 dan sesetengah orang masih lagi menggunakannya sekarang.

12. Pencucuk koktel yang boleh digunakan semula



Kredit:  PerceptionOfDoors / Reddit

Batang kecil yang menyerupai bentuk batang kayu golf ini sebenarnya adalah pencucuk, tetapi, tidak seperti pencucuk plastik moden, pencucuk yang ini boleh digunakan semula. Di bahagian hujung pencucuk ini digunakan untuk mengambil buah zaitun atau ceri dari air koktel mereka tanpa mencelup tangan di dalam air.

11. Alat untuk mendail telefon putar



Kredit: dmford1987 / Reddit

Remaja pada hari ini mungkin tidak pernah melihat telefon putar, tetapi orang-orang tua mungkin pernah menggunakan peranti “kuno” ini. Untuk menggunakan alat ini, penghujung batang yang bulat perlu diletakkan di dalam lubang bulat yang terdapat pada permukaan telefon untuk memudahkan proses mendail. Alat ini menjadikan segalanya lebih mudah terutamanya bagi perempuan yang baru sahaja menghias kuku mereka.

10. Kalkulator mekanikal



Kredit: cov3rman / Reddit

Selain daripada menggunakan sempoa untuk mengira, terdapat peranti lain untuk tujuan yang sama. Misalnya, kalkulator mekanikal yang berpusing ini disebut sebagai Optima, yang dikeluarkan sekitar tahun 1900 di Jerman.

9. Cangkuk pengepit ais



Kredit: CharityJai / Reddit

Sebelum penciptaan peti sejuk dan alat pembeku, terdapat industri penjualan ais yang berleluasa. Ais akan dituai pada musim sejuk, dikumpulkan dari permukaan tasik, dan kemudian diletakkan di glasier khas, yang mana boleh menyebabkan ais tersebut disimpan sepanjang tahun dan dari sana ais itu akan dihantar kepada pelanggan dalam bentuk blok. Cangkuk yang anda lihat dalam gambar di atas digunakan untuk memecahkan ais dari blok dan memindahkan potongannya tanpa menyentuhnya dengan tangan.

8. Sudu ais krim



Kredit: ricecakesandtequila / Reddit

Jika anda pernah melihat sudu Victoria seperti ini dan keliru tentang bentuknya yang aneh, maka ketahuilah bahawa sudu ini diciptakan khas untuk penggunaan satu produk sahaja, iaitu ais krim.

7. Mesin basuh mainan



Kredit: ChronicxCough / Reddit

Mesin basuh manual ini pernah menjadi mainan kanak-kanak. Gadis-gadis kecil mungkin membasuh pakaian anak patung kegemaran mereka dalam mesin ini.

6. Jam matahari



Kredit: Scruffygun211 / Reddit

Menurut pemilik gambar ini, jam tangan ini milik seorang wanita yang suka mengembara. Dan alat ini sangat boleh dipercayai kerana jam ini sukar untuk pecah dan tidak memerlukan apa-apa bateri.

5. Garpu pembakar



Kredit: lizasloft / eBay

Orang-orang British telah membuat roti bakar jauh sebelum pembakar elektrik dicipta. Salah satu cara untuk memasak makanan ini adalah dengan menggunakan garpu-garpu yang panjang yang mana potongan-potongan roti akan disangkut pada penghujung garpu dan kemudian dibakar di atas arang di dalam ketuhar.

4. Loket untuk minyak wangi



Kredit: bethshurt / Reddit

Loket vintaj ini berkhidmat sebagai aksesori dan sebagai bekas kecil untuk menyimpan minyak wangi. Nampaknya nenek moyang kita dapat menggabungkan kecantikan dan fungsi dengan sangat baik. Bijak!

3. Alat untuk mengelupas kulit telur



Kredit: KleverKlem / Reddit

Seperti yang telah dinyatakan oleh pengarang foto, dia telah menemui objek yang aneh ini di bawah lantai sebuah rumah yang dibina pada awal abad ke-19. Tetapi dia tidak berfikir bahawa alat ini adalah sejenis alat perubatan yang aneh atau alat penyeksaan – tetapi fungsi alat ini sebenarnya lebih mudah iaitu untuk membantu mengupas kulit dari telur rebus.

2. “Pil kekal”



Kredit: gunn03 / Reddit

Mungkin item yang paling aneh dalam koleksi vintaj dalam entri ini adalah “pil kekal”, yang dibuat daripada antimoni dan boleh diguna semula. Selama beberapa abad, antimoni dianggap sebagai cara terbaik untuk membersihkan tubuh, dan untuk sebab-sebab tertentu, tiada siapa yang pernah mempersoalkan tentang pil ini yang tidak dicerna dan keluar daripada tubuh dalam bentuk yang sama.

Masyarakat dahulu kala lazimnya akan memperoleh satu “pil kekal” ini untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dan yang paling mengejutkan, mereka juga mewariskan ubat ini kepada keturunan mereka.

1. Alat untuk mengukur kelantangan tepukan



Kredit: elsworth / Reddit

Alat ini digunakan pada tahun 1950-an dan 1960-an ketika pertunjukan bakat televisyen dan pertandingan tarian pertama kali muncul. Kaedah pengundian yang paling biasa digunakan pada masa itu adalah dengan mengukur kelantangan tepukan dan sorakan dari penonton untuk menyokong peserta tertentu.

Setelah membaca entri ini, adakah anda juga memiliki alat-alat aneh dari masyarakat dahulu-kala yang menarik seperti ini? Kongsikan dengan kami!

Sumber: Bright Side

Tiada ulasan:

Catat Ulasan