Isnin, 3 Disember 2018
10 Ikan Terbesar Yang Pernah Ditangkap Di Dunia, Ikan Ke-3 Seberat 113 Biji Bola Boling!
Ikan apakah yang terbesar yang pernah ditangkap para nelayan? Bagaimana mereka menangkapnya, dan di mana? Sekiranya persoalan-persoalan ini pernah terlintas di fikiran anda, rencana ini dinukilkan khas buat anda.
Imej-imej yang kami kongsikan di sini merakamkan saat-saat istimewa di dalam sejarah penangkapan ikan dari serata dunia. Teruskan membaca, mungkin minat untuk menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi akan timbul selepas ini!
No. 10: Jerung Mako
Luke Sweeney berjaya menangkap ikan jerung Mako ini pada 21 Julai 2001 di persisiran pantai Chatham, Massachusetts, dengan menggunakan ikan bonito sebagai umpan. Berat ikan jerung ini mencecah 554kg.
No. 9: Ikan jerung Great Hammerhead
Pada 23 Mei 2006, Bucky Dennis membawa pulang seekor ikan jerung Great Hammerhead seberat 581kg dari perairan Boca Grande, Florida. Beliau menggunakan seekor ikan pari sebagai umpan.
No. 8: Ikan jerung Sixgill
Dengan menggunakan umpan mati, Clemens Rump telah berjaya menangkap ikan jerung Sixgill seberat 589kg di Pulau Ascension di Lautan Atlantik pada 21 November 2002.
No. 7: Ikan Pacific Blue Marlin
Pada 31 Mei 1982, Jay de Beaubien berjaya menangkap seekor Pacific Blue Marlin seberat 624 kg di perairan Kona, Hawaii dengan menggunakan umpan buatan.
No. 6: Ikan Atlantic Blue Marlin
Memancing di Vitoria, Brazil, Paulo Amorium melaras masuk seekor ikan Atlantic Blue Marlin seberat 634kg ke dalam kapalnya pada 29 February 1992.
No. 5: Ikan Tuna Bluefin Tuna 679kg
Pada 26 Oktober 1979, Ken Fraser telah menangkap seekor ikan tuna Bluefin seberat 679kg di perairan Aulds Cove, Kanada dengan menggunakan ikan kembung sebagai umpan.
No. 4: Ikan Black Marlin
Alfred Glassel Jr. berjaya menangkap ikan Black Marlin di Cabo Blanco Peru pada 4 Ogos 1969. Ikan seberat 708kg itu ditangkap dengan menggunakan ikan kembung sebagai umpan.
No. 3: Ikan jerung Greenland
Dengan menggunakan ikan herring sebagai umpan, Terje Nordvedt telah menangkap ikan jerung Greenland terbesar di dunia pada 18 Oktober 1987. Ikan seberat 775kg tersebut dipancing di perairan Trondheimsfjord, Norway.
No. 2: Ikan jerung Tiger
Pada 4 Mac 2004, Kevin James Clapson menangkap ikan jerung Tigerterbesar di dunia. Ikan seberat 810kg itu ditangkap di perairan Ulladulla, Australia.
No. 1: Ikan jerung White Shark
Ikan terbesar yang pernah ditangkap di dunia ialah seekor ikan jerung White Shark. Ikan seberat 1 208kg ini ditangkap Alfred Dean menggunakan seekor ikan lumba-lumba di perairan Ceduna, Australia pada 21 April 1959.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan