Sabtu, 8 Disember 2018

10 Bunga Yang Paling Mahal Di Dunia, Malaysia Tersenarai



Bunga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengindahkan dunia kita. Bukan sahaja ia menarik untuk dipandang, malah turut mengeluarkan aroma semula jadi yang unik. Ia juga sering menjadi pilihan untuk melambangkan cinta, kasih sayang, dambaan selain turut diberikan sebagai hadiah bagi meraikan sesuatu. Bunga juga sering digunakan dalam kebanyakan majlis bermakna seperti perkahwinan, pengebumian, sambutan Hari Ibu, Hari Guru, Hari Kekasih, dan sebagainya. Jika anda mempunyai wang yang lebih, apa kata anda dapatkan bunga-bunga di bawah untuk dihadiahkan kepada yang tersayang?

#10 Lily of the Valley



Ia merupakan antara bunga yang popular, terutamanya mereka yang beragama Kristian kerana ia melambangkan air mata Mary. Namun, ia sebenarnya tumbuhan beracun dan bunganya boleh membesar antara 15-30 sentimeter. Ia lazimnya dijual antara $15 (RM62) – $50 (RM208) seikat dan merupakan salah satu bunga paling mahal di dunia.

#9 Gloriosa



Bunga ini berasal dari Asia dan Afrika Selatan. Ia sangat unik kerana mekar menerusi tendril yang panjang, di mana warnanya akan berubah bermula pada bahagian hujung dan bergerak ke bahagian tengah. Warnanya pula berbeza-beza daripada kuning-jingga, kuning-hijau dan merah. Ia juga boleh membesar sehingga 3 meter panjang. Kebiasaanya bunga ini dijadikan kegunaan perubatan. Namun, ia dianggap beracun dan mengakibatkan keradangan kulit. Ia boleh didapati pada harga $6 (RM25) – $10 (41) untuk setiap bunga.

#8 Safran Corcus



Ia cukup terkenal sebagai bahan pewarna dan rempah. Ia tidak tumbuh secara semula jadi tetapi ditanam oleh manusia. Warna-warna terang kelopak ungu dengan jingga terang, membuatkan ia unik. Bagi tujuan memasak, ia hanya boleh dipetik dengan tangan dan dikeringkan. Bunga ini dijual dengan harga yang tinggi iaitu $12,000 (RM50,000). Sebanyak 80,000 kuntum bunga diperlukan untuk mencapai berat 500 gram untuk digunakan sebagai rempah!

#7 Orkid Shenzhen Nongke



Ia juga tidak tumbuh secara semula jadi. Bunga ini mengambil masa kajian selama 8 tahun untuk para saintis membesarkannya. Namanya juga diberikan sempena dengan nama kumpulan saintis yang menjalan eksperimen tersebut. Ia difahamkan hanya mekar sekali untuk setiap 4-5 tahun. Sungguhpun begitu, bunga ini dijual pada harga $200,000 (RM83,000). Ia juga direkodkan sebagai orkid yang dilelong dengan harga  $1.68 juta (RM6.9 juta)!

#6 Bunga Kadupul



Bunga ini tumbuh pada kaktus dan ia sangat aneh kerana hanya mekar pada waktu malam sahaja kemudian akan mati pada pagi keesokannya. Ia juga tidak boleh dipotong ekoran jangka hayat yang pendek. Oleh kerana sifat istimewanya, harga untuk bunga ini adalah tidak ternilai, dan ia juga antara bunga terwangi serta sering menjadi inspirasi bagi minyak wangi.

#5 Lisianthus


Bunga ini boleh membesar antara 15-60 sentimeter. Ia wangi dan bewarna warni – ungu, putih, ungu lembut sehingga biru violet. Sebaik sahaja dipotong, ia tidak akan tahan lama. Oleh sebab itu, agak sukar untuk bunga ini dijual. Jika dijual, harganya akan jadi mahal daripada $41 – $35 (RM145) untuk seikat.

#4 Hydrangea



Bunga ini bentuknya agak bulat, besar dan tumbuh seperti kluster tumbuhan belukar. Ia sangat sensitif dan mudah layu jika panas. Jangka hayatnya juga agak pendek dan hanya mampu bertahan dalam tempoh sehari sahaja. Ia juga menjadi pilihan bagi majlis perkahwinan, makan malam dan sebagainya. Bunga ini dijual dengan harga $6.50 (RM27) sebatang.

#3 Tulip abad ke-17



Bunga ini antara yang paling digemari dan dihormati pada abad ke-17. Ia mempunyai bau yang kuat, dan warna yang terang. Pada zaman berkenaan, ia menjadi simbol status untuk seseorang dan perkara itu menyebabkan harganya melambung ketika itu kerana harganya mencecah sehingga $5,700 (RM23,000) sekuntum!

#2 Orkid Emas Kinabalu





Orkid yang aneh dan hanya boleh didapati di satu sahaja kawasan di bumi ini iaitu Taman Negara Kinabalu, Malaysia. Ia hanya membesar sepanjang bulan April hingga May dan mengambil masa bertahun-tahun untuk tunasnya mekar. Kelopak bunga ini bewarna hijau dengan bintik-bintik merah. Ia dijual dengan harga $6,500 (RM27,000)

#1 Mawar Juliet



Bunga ini sungguh elegan dalam spesies mawar dan mengambil masa sehingga 15 tahun untuk dibentuk. Ia mula dipamerkan pada tahun 2016 di Pertunjukan Bunga Chelsea. Tunasnya bewarna pic cair manakala bahagian tengahnya pula bertona gelap apabila mekar sepenuhnya. Ia sungguh indah, lembut dan memiliki bauan yang sungguh menggoda. Bagi sejambak bunga ini, ia berharga $15.8 juta (RM65.7 juta) tetapi ia boleh dimiliki dengan harga sedikit murah jika anda pandai mencarinya. Inilah bunga termahal di dunia!

Sumber : Money Inc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan