Jumaat, 16 November 2018

Ya aku bangga suami aku kahwin lain,bila da rasa barang baru,dia melutut depan aku menyesaal




Perkahwinan itu tujuannya untuk ibadah bukan hanya untuk suka-suka sahaja. Ia menyatukan dua hati yang tentunya berlainan latar belakang dan cara hidup. Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal.Perkahwinan itu tujuannya untuk ibadah bukan hanya untuk suka-suka sahaja. Ia menyatukan dua hati yang tentunya berlainan latar belakang dan cara hidup. Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal.
Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada yang terletak di sabah dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain.
Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.
Suami nak kahwin lain… Aku kata mampu ke? Kahwin la. Dijawab mampu. Dia gaji 6k aku 5k. Lepas dia kawen aku tak nak dah bayar segala kewajiban dia. Aku tak kacau gaji aku.Dia maarah aku tak tolong dia lagi kata aku melampau. Aku jawablah ko ikut sunnah aku ikut kewajiban. Kata mampu jadi buktikan. Dia langsung tak mampu. Mana hutang lagi. Nafkah aku dia dah culas… Hebat betul kan…
Suami Mula Buat Perangai.Aku biarkan semua dahulu. Anak-anak pun dah meluat dekat dia dengan perangai dia dah tak tenang kat rumah. Anak-anak tak payah ajar dah pndai menilai lah.Bil-bil segala dia tak bayar. Dah begelap rumah elektrik kena potong. Tak apa. Aku suruh anak-anak bersabar. Aku suruh dia bayar semuanya lagi sekali. Dia tetap tak nak.
Jangan kau mnyesal wahai suami! Dalam diam aku plan nak pindah kat sabah negeriku tercinta. Segala harta aku kat sini aku jual. Kereta aku ada dua. Dia bagi kereta aku satu kat bini muda dia.
Kegagalan komunikasi secara positif menjadikan dia gagal hormaati diri sendiri dan aku, membiarkan hak diri aku dianiayai dan konon atas nama dapat bini baru, aku kira terjerumus diri dibuuli suami sendiri .Sikap melampau dia ni kalau dibiarkan mampu membawa kesan yang buruk kat anak anak aku.
Demi Allah aku tak redha guna harta aku. Aku mita dipulangkan dia tak nak. Aku blik kat sabah bercuti 2 minggu sambil urus perpindahan sekolah anak-anak aku. Di Sabah juga aku tuntut fassakh kat Kota Kinabalu. Lepas dua minggu aku balik KL.Dia pulang rumah murah surat tuntutan fasak sampai kat dia. Aku cakap la. Ko tak mampu. Rumah ni dah ko serahkan segala tanggungjawab kat aku. Baik aku xda laki. Perangai ko dah macam ni.
Dia Mula Menyesal.Tak apa lah ko kan kebal nak tongkah dosa dunia. Aku bagitau semua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis meraung. Tak guna dah menangis wahai suami dah terlambat. Hati ku dah tawar.Rasa percaya tu mungkin boleh dipupuk tapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin ko dapat semula. Aku dah tak nak hormat setia dan taat pada mu lagi… Sebab ko yang ajar aku semua tu.
Menurut syariat, mengikut emosi bererti anda mengikut nafsu diri yang diriwayatkan nafsu diri sebenarnya lebih jahat dan berkuasa daripada syaitan jika tak dikawal dengan iman dan ilmu. Ramai isteri yang mengalami dugaan hebat dalam rumah tangga tapi masih boleh kekal waras kerana mengutamakan Allah, menjadikan iman dan ilmu sebagai dasar pertimbangan, bukan emosi.
Ko tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah. So rumah tangga ni untuk apa. Bermula la kerja aku kat Sabah. Kami pun da berpisah. Bila renung jauh-jauh tak pernah sangka jadi begni. Zaman ni diorang paksa diri mampu sebenarnya tak. Ada hati tolong orang isteri sendiri pun tak pernah berjemaah.
Lepas berpisah kereta aku yang bini dia gunakan aku suruhlah pulangkan. Tapi diorang tak nak. Aku jual kat bestfren aku tempat kerja lama. Aku bagi kunci lain. Dia p la Aku bagi kunci lain. Dia p la ambik bagitau dia dah beli. Bini ex aku tu mengamok dia whatssup aku macam-macam… Aku krik..krik je.
Tak ada faedah… Tenang hidup aku sekarang. Hanya perlu juga anak dan diri sndiri tak susah pun. Bebas ke sana kemari tak payah minta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku… Ayahku yang kejam smpai kehari tak ada ruang dia di hati aku.
ujian diberi kerana aku jauh daripada-Nya dan Dia mahukan aku kembali kepada-Nya. Muhasabah diri, mungkin aku makin lupakan Dia. Usaha untuk dekat kepada-Nya berserta doa mohon dipermudahkan segala yang terbaik untuk aku dan anak-anak juga dalam apa juga keadaan. Semuanya kekal dalam redha Allah.
Kekal bersabar dengan usaha untuk mengubah aku mengikut cara yang diajar oleh syariat. Nantilah aku cerita pula ya. Kalau ada nak follow la… Hahaha. Nak bersiap pergi kerja…
Kredit: Kisah Rumah Tangga via utusan kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan