Berapakah umur anda ketika anda melakukan kerja-kerja rumah buat pertama kali dan sewaktu anda benar-benar berdikari tanpa bantuan ibu dan bapa? Mungkin ketika itu anda masih mempunyai pilihan untuk tidak melakukannya, namun untuk kanak-kanak perempuan ini, dia nampaknya tiada pilihan.
Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, di perkampungan di luar bandar yang terletak di atas gunung, kanak-kanak perempuan ini telah belajar berdikari ketika kanak-kanak sebayanya masih lagi disuap makan oleh ibu bapa masing-masing.
Kanak-kanak ini kelihatan hidup bersendirian dan umurnya tidak lebih daripada 7 tahun.
Rambutnya kusut, tetapi dia belajar untuk mengikatnya dengan kemas supaya tidak menutupi wajahnya dan mengganggunya ketika dia sedang bekerja.
Pakaiannya ringkas, tidak bercorak dan sangat kotor. Ini jelas menunjukkan bahawa dia tidak memiliki baju yang banyak tetapi dia masih mampu menguruskan dirinya dengan baik.
Untuk makanannya, dia hanya makan nasi dan kentang. Kentang tersebut dibasuh di dalam besen yang berisi air.
Tanpa menghiris atau memotong kentang tersebut menjadi kepingan yang kecil, kanak-kanak perempuan ini menggigit kentang itu dan makan bersama nasi dengan menggunakan tangannya.
Dia juga akan memilih beberapa sayur-sayuran berdaun, memotongnya menjadi kepingan kecil dengan pisau yang lebih besar daripada lengannya dan memberi makan kepada ayamnya di dalam reban.
Kanak-kanak perempuan ini mencari rezeki di bukit.
Dia akan mendaki dan naik ke kawasan berbukit sambil membawa bakul jerami kecil di belakangnya.
Di sana, dia akan menggali tanah untuk mendapatkan kentang, memilih sayur-sayuran dan mengumpul kayu api.
Ini adalah rutinnya dan dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Ekspresi wajahnya menunjukkan bahawa dia menjadi tabah dan kuat disebabkan oleh pengalaman ini.
Walau bagaimanapun, dia tidak merungut tentang hidupnya. Dia menerima takdir hidupnya itu dan melakukan yang terbaik untuk terus hidup.
Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan pilihan untuk hidup secara ringkas tetapi serba kekurangan, adakah anda sanggup melaluinya? Jika anda tidak sanggup untuk meninggalkan persekitaran yang selesa sejak anda dilahirkan atau dibesarkan, maka anda harus ingat untuk menghargai kebahagiaan yang anda miliki.
Sumber: GoodTimes
Tiada ulasan:
Catat Ulasan