Menjadi seorang pramugari bukan satu tugas yang mudah. Tugas yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi terutama ketika berdepan dengan penumpang yang cerewet dan merasakan setiap wang yang mereka belanjakan ketika membeli tiket kapal terbang perlu berbaloi dan istimewa.
Seorang pengguna Twitter warga Jepun yang menjadi salah seorang penumpang sebuah pesawat telah memuat naik kisah tindakan bijaksana seorang pramugari ketika melayani kerenah seorang penumpang yang cerewet. Penumpang pesawat ini tidak henti-henti merungut tidak mendapat tempat duduk tepi tingkap, melainkan terpaksa memandang dinding kabin yang kosong.
Kredit : Fox News
Penumpang lelaki ini kemudian telah meminta untuk berpindah ke tempat duduk lain yang mempunyai tingkap, dan malangnya kesemua tempat duduk sudah penuh. Jadi, bagi menghentikan rungutan penumpang ini, seorang pramugari telah mengambil langkah yang bijak dengan melakukan satu perkara yang akhirnya menyelesaikan masalah.
Kredit : kooo_TmS_suke/Twitter
Pramugari ini kemudian kembali ke tempat duduk penumpang tersebut dengan sehelai kertas di tangan yang memaparkan lakaran comel sebuah tingkap pesawat dengan pemandangan sepasang awan dan lautan yang membiru. Dan dengan segera dia menampalnya ke atas dinding kabin yang kosong itu.
Dan ini rupa hasil kerja seni artistik daripada seorang pramugari yang bijaksana dan kreatif dari jarak dekat.
Kredit : kooo_TmS_suke/Twitter
Muat naik foto dan post ini menjadi tular sehingga mendapat perhatian lebih 15,000 orang pengguna Twitter.
Tidak dapat dipastikan sama ada penumpang lelaki ini berpuas hati dengan lukisan tersebut, tetapi apa yang pasti beberapa orang netizen warga Jepun nampaknya begitu berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pramugari ini ke atas penumpang tersebut.
Sora News24 melaporkan salah seorang netizen memberi komen, “Ini satu tindakan yang bijak.”
Sementara seorang yang lain menulis, “Melihat cara penumpang ini tidur nyenyak, nampaknya dia seperti berpuas hati.”
Netizen ini pula berkata, “Bertuahnya penumpang ini dihadiahkan dengan pemandangan dari dalam pesawat yang sangat unik. Betapa bertuah dapat tinggal dalam dunia yang penyayang.”
Jika diikutkan, kasihan juga melihat penumpang ini yang sepatutnya layak mendapat tempat duduk di tepi tingkap kerana dia juga seorang pengguna yang membayar perkhidmatan seperti mana penumpang lain.
Dan rungutan penumpang seperti ini bukan pertama kali berlaku. Terdapat ramai penumpang syarikat penerbangan lain yang mengadu dan menyatakan kekecewaan kerana diberikan tempat duduk yang tidak mempunyai tingkap.
Kredit : steph cooley / Twitter
Kredit : Sydney Van Morgan / Twitter
Menurut laporan Fox News, perkara ini berlaku kerana sesetengah syarikat penerbangan telah bertindak menambah tempat duduk di ruangan kosong untuk meningkatkan jumlah jualan tiket penerbangan dalam memastikan industri penerbangan terutama dengan tambang murah terus kekal bersaing.
Kredit : Erin Morris / Twitter
Seorang juruterbang bernama Karl Young menjelaskan untuk menyelesaikan masalah bukannya semudah dengan hanya menambah beberapa tingkap yang kurang di dalam pesawat.
Karl Young menulis di dalam Quora, “Semua tingkap yang terletak di dalam pesawat telah direka dengan jarak yang telah ditetapkan bersama bahan mencukupi dan tertentu bagi menahan serta mengawal tekanan ketika penerbangan.”
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan