Meskipun terletak di Eropah tetapi di United Kingdom, matawang rasmi mereka adalah Pound Sterling yang mempunyai nilai gandaan 5 kali ganda berbanding dengan nilai matawang Ringgit di Malaysia.
Tetapi, adakah itu bermakna kehidupan di sana lebih baik berbanding dengan apa yang anda kecapi di Malaysia?
Berikut merupakan perbezaan pendapatan dan kos sara hidup antara di Malaysia dan United Kingdom.
#1. Gaji Per Jam
Pekerja biasa United Kingdom
Sekiranya anda bekerja di McDonalds di kota London, anda akan dibayar sebanyak GBP5.50 atau bersamaan dengan RM30 sejam. Mungkin akan ada yang berkata, makanan di sana agak mahal jadi padanlah dengan gaji yang dibayar.
Namun begitu, jika kita teliti secara betul, dengan berbekalkan gaji sejam sahaja anda boleh membeli 5 burger McDonalds di mana harga untuk satu burger di McDonalds di UK hanyalah 0.99 pound sahaja.
Pekerja biasa di Malaysia
Jika anda bekerja di McDonalds Malaysia, rata-ratanya anda akan mendapat gaji sebanyak RM6 sejam. Manakala, harga sebiji burger di McDonalds adalah RM5. Jadi dengan ini anda hanya mampu membeli sebiji burger sahaja dengan berbekalkan gaji sejam anda.
Perbezaan
Di sini anda dapat melihat dengan jelas, jika anda bekerja sejam di UK anda boleh beli sebanyak 5 biji burger dengan harga di sana, Manakala jika anda bekerja di Malaysia anda hanya mampu membeli sebanyak sebiji burger sahaja dengan gaji sejam anda.
#2. Harga Barang Mentah
Harga barang mentah UK
Harga barang mentah UK
Harga barang mentah di London amatlah murah jika hendak dikira berdasarkan dengan pendapatan mereka. Bayangkan dengan gaji anda sejam yang bekerja di McDonald ssebanyak GBP5, anda dapat membeli pelbagai barangan mentah.
Contohnya harga sekeping coklat Cadbury di London berharga GBP1, manakala harga bagi satu liter susu juga berharga GBP1. Bayangkan dengan berbekalkan GBP5 sahaja anda sudah boleh membeli 3 liter susu dan 2 paket coklat.
Harga barang mentah di Malaysia
Jika anda menggunakan gaji sejam anda yang bernilai RM6, anda belum tentu mampu membeli seliter susu di mana-mana kedai kerana harga seliter susu di Malaysia rata-ratanya dijual pada harga sekitar RM8.
Perbezaan
Berbekalkan gaji sejam di UK kita sudah boleh membeli 5 liter susu namun begitu jika anda bekerja sejam di Malaysia anda belum tentu mampu untuk membeli 1 liter susu di Malaysia.
#3. Harga kereta
United Kingdom
Harga sebuah kereta Audi R8 di London adalah sebanyak sekitar GBP120. Jika anda dibayar gaji sebulan sebanyak GBP5000, ini bermakna anda memerlukan sebanyak 2 tahun daripada gaji anda untuk membeli kereta ini.
Harga sebuah kereta Audi R8 di London adalah sebanyak sekitar GBP120. Jika anda dibayar gaji sebulan sebanyak GBP5000, ini bermakna anda memerlukan sebanyak 2 tahun daripada gaji anda untuk membeli kereta ini.
Malaysia
Jika anda membeli kereta Audi R8 di Malaysia, harganya berlainan di United Kingdom kerana ianya dikenakan cukai. Harga Audi R8 di Malaysia ialah sebanyak RM1,245,900.00. Jadi jika anda mempunyai purata pendapatan sebanyak RM5000 sebulan, anda memerlukan sebanyak 21 tahun daripada gaji anda untuk membeli kereta ini
Jika anda membeli kereta Audi R8 di Malaysia, harganya berlainan di United Kingdom kerana ianya dikenakan cukai. Harga Audi R8 di Malaysia ialah sebanyak RM1,245,900.00. Jadi jika anda mempunyai purata pendapatan sebanyak RM5000 sebulan, anda memerlukan sebanyak 21 tahun daripada gaji anda untuk membeli kereta ini
Perbezaan
Anda sendiri boleh dapat melihat perbezaan gaji tahunan anda untuk membeli sebiji kereta mahal. Perbezaan gaji 2 tahun dan 21 tahun amatlah tinggi, jadi anda boleh menilainya sendiri.
Anda sendiri boleh dapat melihat perbezaan gaji tahunan anda untuk membeli sebiji kereta mahal. Perbezaan gaji 2 tahun dan 21 tahun amatlah tinggi, jadi anda boleh menilainya sendiri.
#4. Reality Check
Perbandingan di atas mungkin tidak tepat kerana tidak mengambil kira faktor lain seperti cukai pendapatan, nilai hartanah dan lain-lain.
Perbandingan di atas mungkin tidak tepat kerana tidak mengambil kira faktor lain seperti cukai pendapatan, nilai hartanah dan lain-lain.
Berikut merupakan penjelasan mengapa barang-barangan di UK dijual lebih murah berbanding dengan di Malaysia.
1) Barangan import di UK murah kerana kebanyakkan barang import disana datang dari zon yang sama dan memerlukan pemindahan melalui pengangkutan darat bukan seperti di Malaysia dimana majoriti barangan import memerlukan pemindahan dengan pengangkutan udara dan laut yang jauh lebih mahal. Barangan di UK yang datang diluar zon pula datangnya dari negara yang nilai matawang lebih rendah berbanding pound sterling justeru itu kos barangan adalah lebih murah.
2) Pendapatan minima disana dikatakan 5 pound sterling sejam dan dengan berkerja sejam sahaja, mereka dapat membeli pelbagai barangan keperluan. Apabila kos barangan murah kerana nilai matawang, kos pemilikan dan sara hidup bukan lagi menjadi sandaran dan perbandingan tidak boleh dibuat dengan mengambil kira perbandingan dollar to dollar.
Ini tidak adil dan sama seperti kita buat perbandingan dollar to dollar dengan Vietnam, Laos, Indonesia dan dsbnya.
3) Walaupun jika kita tolak ketepi soalan nilai matawang, kenapa barangan disana masih lagi murah berbanding dengan kita? Ini adalah kerana bilangan pembayar cukai di Malaysia hanya 1.7 juta orang berbanding 5 juta pembayar cukai seperti yang sepatutnya. Dari segi peratusan, hanya 5.6% penduduk Malaysia adalah pembayar cukai berbanding 16.66% yang sepatunya membayar cukai.
Mengikut perangkaan di UK, jumlah pembayar cukai berdaftar adalah 29.3 juta orang dari 64.1 juta penduduk. Ini bersamaan dengan 45.7% penduduk UK adalah pembayar cukai. Kutipan cukai di UK adalah jauh lebih tinggi berbanding Malaysia kerana mereka faham akan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.
Lain pula di Malaysia kerana kebanyakkan yang layak membayar cukai tidak berbuat demikian. Bukan sahaja golongan ini tidak membayar cukai tetapi membebankan lagi sistem pentadbiran negara dengan memohon pelbagai bantuan dan subsidi yang meninggikan lagi kos keseluruhan pentadbiran negara.
Ini membuatkan kerajaan mencari alternatif dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi seperti cukai import barangan tertentu. Untuk mengetahuan anda, anggaran 11% dari pendapatan cukai negara Malaysia dibelanjakan kearah pelbagai subsidi yang kita nikmati seperti pendidikan percuma, kos perubatan rendah dan sebagainya yang sering kita lupa untuk berterima kasih.
4) Harga barangan yang dijual dipasaran mengambil kira semua kos seperti kos barangan, cukai, kos operasi dan sebagainya. Kos operasi di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara maju yang lain kerana kita bukan golongan yang disiplin yang beradab seperti rakyat dinegara maju.
Contohnya:- sebuah pasaraya seperti AEON ataupun Tesco mengambil purata 40-60 pekerja khusus untuk menolak troli balik ke tempat asal selepas menggunakannya. Bilangan pekerja lain seperti cleaner, pengawal, maintenance dan sebagainya jauh lebih ramai kerana kita suka membuang sampah merata-rata, mengamalkan vadalisme dan sebagainya.
Kos operasi perniagaan di Malaysia adalah antara yang paling tinggi dirantau ini. Semua kos ini akan dimasukkan dalam harga barangan yang kita beli. Salah siapa barangan mahal bila kos ini diambil kira?
Walaupun saya dah bagi penjelasan yang panjang lebar disini, akan masih ada yang akan menidakkan fakta-fakta ini kerana kita orang Malaysia sudah terkenal dengan sifat ego ataupun tertanamnya sikap benci dengan kerajaan. Semua salah kerajaan. Bukan semua benda boleh dipolitikkan.
Nota : Saya tidak takut dengan soal kos sara hidup di Malaysia. Saya lebih takut soal budi pekerti rakyat Malaysia yang makin merudum. Mungkin ada antara korang yang bekerja di UK, sila kongsi kan pengalaman anda disana ye….
Kredit : taikotai.tv
Tiada ulasan:
Catat Ulasan