Please hide my profile.. tq. Sebenarnya dah lama saya terpanggil utk tulis di page KRT. Niat saya, semoga apa yang bakal saya ceritakan ini dapat dijadikan tauladan buat orang lain yang sama-sama ‘sekapal’ di luar sana.
Bab! menyondol? Huhh.. topik paling popular dalam group ni kan? Mostly cerita yang dibaca dalam KRT ni boleh relate dengan kisah saya juga. Hampir sama namun tak serupa. Biasanya orang akan salahkan Si Bab! yang kuat menyondol. Mungkin juga Si Suami yang over miang keladi test market. Atau mungkin juga Si Isteri yang tak reti layan suami. Dalam kes saya, anda nilailah sendiri.
Saya wanita awal 30an yang bekerjaya dan telah berkahwin selama 3 tahun. Kami belum dikurniakan cahaya mata. Saya dan suami masing-masing ada masalah kesuburan, namun masih berpeluang untuk ada anak.
Ada cara yang kami belum cuba namun atas kesibukan suami, dia sukar untuk meluangkan masa berjumpa doktor. Ada rezeki ada la katanya. Saya dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Kami bercinta sejak zaman sekolah. Pendek kata, saya adalah love at the first sight kepada suami.
Perkahwinan kami sangat bahagia malah ramai yang cemburu. Suami memang kacak orangnya, tinggi 180cm dan berkulit cerah. Selalu orang kata iras artis, bekerja sebagai eksekutif di sebuah company yang gah dan terkenal.
Saya juga tidak kurang hebatnya. Ada rupa, berkulit cerah dengan ketinggian 160cm, tidak gemuk dan tidak kurus. Seorang guru yang disegani dan glamour (in a good way) dalam kalangan pelajar, rakan sekerja mahupun ibu bapa. Selalu mendapat jolokan cikgu cantik dan cikgu paling popular. Sejak zaman anak dara, saya mempunyai ramai peminat namun saya pilih suami kerana dialah yang paling bersungguh-sungguh memenangi hati saya.
Tahun ke3 perkahwinan, suami yang dahulunya seorang yang baik dan mesra tiba- tiba berubah sikap. Pada awalnya saya sangkakan suami stress dengan kerja. Tetapi peliknya bila saya bertanya, dia akan mengelak untuk bercerita tentang masalah yang dihadapi.
Selama ini, sayalah isteri dan saya jugalah kawan baik suami. Apa sahaja masalah, dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar rahsia dia akan kongsikan dan tanya pendapat saya. Suami juga mula bercakap kasar dan mudah naik angin dengan perkara yang tidak masuk akal.Maka sekecil-kecil masalah pun akan buat dia marah umpama perang dunia ke 3.
Puas saya kaji, apa salah saya dilayan sebegitu. Setiap kali pulang dari kerja, saya akan mengemas rumah (walaupun tidak pernah bersepah) dan memasak untuk suami. Sesibuk mana pun saya, saya tetap melayan suami dengan sebaik mungkin, zahir dan batin.
Dalam kalangan rakan dan family, saya dipandang tinggi sebagai isteri serba boleh, dan pandai melayan suami. Namun, semuanya menjadi serba tidak kena. Suami kurang nafsu untuk ‘bersama’ walaupun saya g0da. Saya sedih kerana tidak mendapat layanan dari suami, tapi saya pendam kerana suami memberi alasan dia penat bekerja. Dia juga terlalu melekat dengan telefon (kononnya main game).
Apabila saya berada di ruang tamu, dia akan masuk ke bilik. Apabila saya masuk ke bilik, dia pula akan ke ruang tamu. Suami seakan mengelak untuk berada dekat dengan saya. Bila saya cuba jeling untuk tengok telefon, dia akan menyorok. Berak, mandi, semuanya ‘bertemankan’ telefon.
Telefon pula ada security lock yang saya tidak tahu passwordnya. Saya dah mula rasa lain macam, tapi saya masih bersabar. Suami juga makin kerap keluar malam, alasannya pergi minum di kedai mamak dengan kawan. FYI, saya memang tidak pernah halang suami untuk keluar malam dengan kawan. Saya faham suami perlu space untuk release stress dengan member. B0d0h kan saya?
Pada awalnya seminggu sekali, makin lama makin kerap dan akhirnya setiap malam! Kalau balik sebelum pukul 12 ok lagi, tapi sampai subuh! Hantu mana yang sanggup jumpa dan borak dengan kawan di kedai mamak sampai subuh setiap malam?
Setiap pertanyaan saya akan membuahkan pergaduhan, tapi saya tetap menjaga tutur kata agar tidak menderhakai suami. Apabila sangsi menebal, akhirnya saya mula menjadi detektif. Nak serang pun kenalah ada bukti kan? Akhirnya Allah makbulkan doa. Allah jentik hati saya untuk hack telefon suami.
Saya jumpa bukti suami curang, bercinta dengan ISTERI ORANG! Mereka adalah officemate. Saat pertama kali saya baca sebahagian mesej mereka (mesej terdahulu telah dipadam), terasa bagai disambar petir. Kata-kata romantis dan pujuk rayu yang meloyakan!
Ayat-ayat cinta penuh rindu dendam. Sedangkan kata-kata itu semua pernah ditujukan kepada saya, sama sepertimana saat kami pernah hangat bercinta suatu tika dahulu. Lutut terasa longlai, jantung berdegup kencang dan perasaan amarah yang membuak-buak.
Now, semuanya make senses. Mesej saya jarang sekali suami reply, kalau reply pun hanya dua tiga patah sahaja. Sayunya hati Tuhan saje yang tahu. Betapa banyak masa suami spend bersama Si Bab! sedangkan saya si isteri ‘kebuluran’ kasih sayang dan perhatian.
Setiap malam mereka keluar minum dan dating dalam kereta pusing-pusing bandar (liciknya, Si Bab! kadang kala bawa bersama anaknya yang berusia setahun utk cover line). Saya pula ditinggalkan di rumah, tidur berseorangan sedangkan suami sedang angau bercinta dengan Si Bab!. Saya sunyi! Sunyi yang amat, rasa bagai nak gila! Satu persatu peristiwa yang berlaku sebelum ini terungkai hasil penemuan bukti tersebut.
Saya lihat call log suami dengan Si Bab!. Allahu akhbar.. Suami saya call betina tu setiap jam (kadang kala setiap 10 minit) kecuali apabila suami balik ke rumah. Betapa angaunya dia, sedangkan zaman kami sedang hangat bercinta dulu pun tak sekerap itu.
Mostly suami call betina tu ketika waktu office hour. Saya pula jarang call suami waktu dia bekerja kerana tidak mahu mengganggu kerjanya. Malah, suami pernah suarakan yang dia tidak selesa saya call terlalu kerap atau bercakap terlalu lama di telefon dengannya ketika waktu bekerja, nanti bos pandang slack! B0d0hnya aku! Habis tu, dengan btina tu boleh pulak kan? Kadang kala, suami saya langsung tak angkat telefon kalau saya call.
Perkara pertama yang saya buat ialah saya siasat perkara ini dengan lebih detail. Rupa-rupanya Si Bab! telahpun terkenal di tempat kerja sebagai Sunndal of the year. Dah ramai suami orang yang disondolnya sebelum ini, malah pernah mengandung anak lu4r nikah.
Astargfirullahalazim.. Masa tu saya hanya fikir, mesti suami juga telahpun terlanjur dengannya (tapi tiada bukti sampai ke tahap itu kerana mesej terdahulu telah dipadam). Keluar bersama sampai subuh, kau buat apa kan??? Takkan duduk sahaja dalam kereta tu. Yang peliknya, suami Si Bab! tahu kisah kecurangannya sebelum ini tapi masih menerima Bab! sebagai isterinya sehingga ke hari ini. Biar betik?
I lost my respect to my husband. Saya minta suami ceraikan saya, saya jijik dan kotor dengan suami. Suami enggan, dan saya berhasrat untuk minta fasakh. Saya benci dia sepenuh hati. Saya herdik, maki dan menyumpah seranah sehingga suami terdiam membisu seribu bahasa.
Hilang terus panas barannya, terkelu bini bertukar jadi raksasa. Yes, berdosa berbuat begitu tapi puas hati saya. Seumur hidup saya tidak pernah menyumpah orang, for the first time I’ve done it. Saya ceritakan semuanya kepada keluarga mentua, dan mereka terkejut besar. Saya adalah menantu kesayangan, so merasalah kau cik suami!
Umpama terbangun daripada mimpi, suami seakan-akan hilang akal apabila saya sebutkan cerai, pucat lesi mukanya. Belum pernah dia melihat sisi bengis saya sebegitu. Dia mohon maaf bersungguh dan merayu-rayu supaya saya tidak tinggalkan dia.
Sambil menangis suami mengatakan dia masih sayangkan saya. Ketika itu jiwa saya kosong. Hilang lesap semua rasa cinta dan sayang padanya. Hanya benci, benci dan benci. Apabila saya tanya apa kurangnya saya dan apa salah saya, dia tak mampu nyatakan sebabnya. Sejujurnya, dia merasakan tiada nafsu setiap kali melihat saya.
Terasa amat menyampah dengan semua perkara yang melibatkan diri saya. Seperti bukan dirinya yang sebenar, dia mengikut semua perkara yang btina itu arahkan. Si Bab! marah suami tidur dengan saya. Si Bab! marah suami balik awal ke rumah, dan amat marah kalau suami meluangkan masa dengan saya seperti berjalan-jalan tengok wayang dan sebagainya.
Mereka juga bergaduh ketika suami pulang beraya ke kampung saya! Allahu.. sampai begitu sekali rupanya. Apa hak kau Bab!? Dia juga arahkan suami jangan duduk dekat dengan saya, dikhuatiri suami akan ‘bersama’ dengan saya.
Pendek kata, suami seperti dijampi untuk sukakan Si Bab!. Bukan niat saya untuk menghina tapi jika dibandingkan saya dengan Si Babbi umpama langit dan bumi dari segi rupa taraf education, s0sial, agama dan sebagainya semuanya sangat cannot brain why my husband boleh jatuh cinta.
Ohya, mereka hanya sempat couple 3 minggu sahaja tetapi tahap angau tu macam over sangat. Mungkinkah terkena sihir? Wallahua’lam. Suami Si Bab! selalu tiada di rumah, maka itulah alasan dia berskandal. Bab! ada 4 orang anak, tetap sunyi ke? Habis tu saya pula bagaimana? Selalu ditinggalkan suami malah betul-betul keseorangan.
Tidak pula saya gunakan alasan itu untuk tagih cinta lelaki selain suami. Bukan tiada yang menggoda, tapi saya masih waras dan ada iman untuk membezakan dosa dan pahala. Family Si Bab! tidak mengutamakan agama, malah sekeluarga tidak pernah solat dan berpuasa (tapi pakai tudung).
Hipokritnya Tuhan je yang tahu. Mesti korang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada kami suami isteri sejak kejadian tu, kan? Jika ada kesempatan, saya akan sambung lagi confession ini. To be continued..
Pesan saya, Wahai suami-suami, ketahuilah sekali anda curang, selamanya isteri anda akan ingat perkara itu. Ia adalah trauma, umpama luka yang tidak akan sembuh dan sentiasa berdarah. Sekali kepercayaan hilang, selamanya anda tidak akan dapat kepercayaan itu lagi.
Mungkin di mulut kata percaya, tapi tidak di hati. Kepada isteri-isteri, sedarlah anda adalah isteri orang. Berdosa besar apabila anda menduakan suami. Tolonglah, jangan menggedik dengan laki orang walaupun hanya sebagai kawan.
Awalnya kawan tempat meluah perasaanlah kononnya, lepas tu terlebih sudah. Mencegah itu lebih baik. Tak payah lah berkawan rapat dengan lelaki selain suami. Dah habis manusia sama jantina ke kat dalam dunia ni yang nak dijadikan kawan?
Sumber dari page KRT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan