Selasa, 27 November 2018

Lelaki Ini Terlibat Dengan Kemalangan Dan Apabila Tiba Ambulan Dia Memberi Handphone Kepada Pegawai Tersebut Namun Terkejut Pegawai Itu Bila Dia Bagitau Perlu Telefon Siapa

Beberapa bulan lalu, berlaku kemalangan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 35 tahun dan sebuah bas kuning di Pan Island Expressway (PIE) menuju ke Tuas.
Apabila melihat tiada sesiapa yang memberi bantuan pertolongan cemas, Razali Raihayu tidak teragak-agak untuk menghentikan motosikalnya di tepi jalan untuk membantu mangsa yang terbaring di lebuh raya itu.
Semasa menunggu pasukan perubatan datang untuk membawa mangsa ke hospital, Razali yang juga merupakan warganegara Malaysia memberikan pertolongan cemas kepada mangsa. Namun, apa yang berlaku seterusnya membuatkan Razali tercengang seketika.
Mangsa mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor kemudian memberikan telefon itu kepada Razali. “Bang, tolong saya hubungi majikan saya. Beritahu kepadanya saya akan lewat.”
Itulah perkataan pertama yang dikatakan oleh mangsa kepada Razali. Pada pandangan Razali mangsa akan lewat untuk beberapa bulan (untuk mendapatkan rawatan sehingga sembuh sepenuhnya). Namun melihatkan tindakan mangsa, Razali merasakan mangsa akan selamat dan berada dalam keadaan tidak terlalu tenat.
Razali kemudiannya memuat naik video tersebut diFacebook SG Road Vigilante dengan harapan orang lain juga tidak akan teragak-agak untuk memberikan pertolongan cemas sekiranya terserempak dengan kejadian seperti ini.
Razali juga berpesan supaya jangan hanya tahu melihat dan mengambil kesempatan ke atas mangsa (seperti mencuri duit, jam tangan atau harta benda lain milik mangsa) ataupun merakam gambar kejadian. Hulurkan bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pasukan perubatan datang.
Tindakan Razali itu mendapat maklum balas dari netizen dan masing-masing menyatakan syukur kerana ada orang yang baik hati seperti Razali yang sanggup menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Netizen juga turut meluahkan rasa bangga mereka kepada mangsa kerana sempat memikirkan majikan sewaktu diri di timpa kemalangan. Mangsa memang pekerja yang hebat!
Kami mendoakan semoga mangsa segera sembuh daripada kecederaan dan dapat berkhidmat semula untuk majikannya seperti biasa!
Sumber: Facebook | Razali Raihayu
Kredit:kucinghitamm.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan