Kebanyakan kucing tidak begitu suka mengikut tuannya berjalan seperti anjing. Lebih-lebih lagi jika kucing tersebut telah dikasikan. Hal ini kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa berada di rumah – bermalas-malasan, tidur, dan makan! Tetapi, ada juga kucing yang tidak menolak jika diajak menemani tuannya di luar. Mungkin kucing tersebut terlampau manja sehingga tidak dapat berenggang dengan tuannya?
Kucing ini tidaklah begitu rajin untuk berjalan kerana si comel ini hanya mahu didukung seperti bayi apabila berada di luar dengan tuannya. Si comel ini akan bersandar pada bahu tuannya sementara matanya terbuka besar sambil memandang persekitaran. Ternyata kucing ini memiliki rasa ingin tahu yang kuat.
Atau mungkin cuaca di sana sangat sejuk sehingga si comel ini tidak berupaya menggerakkan tubuhnya?
Lihatlah betapa selesanya si comel ini memeluk tuannya dengan begitu erat ketika berjalan bersama.
Ternyata kucing ini sangat manja dan sangat comel menyebabkan orang ramai mengusiknya.
Tonton video gelagat comel dan manjanya di bawah:
Kredit:Era Baru