Kita semua sudah sedia maklum akan personaliti kucing yang pelbagai. Selain itu, seperti manusia, mereka juga memiliki emosi yang boleh berubah-ubah. Mungkin sudah suratan takdir, di mana terdapat para lelaki yang takutkan isteri sendiri.
Mungkin disebabkan oleh si suami berkenaan tidak mahu memanjangkan perbalahan dan bertindak mengiyakan sahaja kemahuan isterinya. Ternyata perkara ini juga berlaku pada kucing!
Di laman Facebook, seorang pengguna telah berkongsi rakaman video di mana terdapat sebuah keluarga kucing yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak kucing.
Rakaman berkenaan diambil ketika waktu makan di mana si bapa tidak sabar-sabar mahu makan sedangkan sepatutnya giliran si anak dahulu menjamu makanan. Tindakan tersebut ternyata membawa padah!
Si ibu yang geram dengan tindakan suaminya itu bertindak memukul suaminya tidak lama kemudian. Sejurus itu, anak kucing itu makan dengan girangnya tanpa gangguan. ‘Hukuman’ yang dilakukan oleh si ibu berkenaan membuatkan si suami terdiam seketika.
Manakala si ibu ingin memberinya pengajaran sedikit dengan menolak suaminya ke tepi. Gerakan si ibu seperti membawa mesej, “Berilah anak makan dahulu!” Ia merupakan pendidikan kekeluargaan yang berguna pada si bapa kelak. Ayuh lihat rakaman lucu berkenaan:
Kredit: Facebook
Jika difikirkan, naluri keibuan yang dimiliki ibu kucing berkenaan sememangnya mencerminkan sifat manusia juga. Si ibu akan berkorban apa sahaja agar anak mendapat keperluannya seperti makan dan minum. Biarlah si ibu berlapar asalkan perut anaknya beralas. Begitu juga apabila berhadapan dengan bahaya. Si ibu pasti akan berusaha melindungi anak-anaknya. Sungguh hebat jasa ibu bukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan