P0ligami memang dibolehkan dalam Islam, siapa kita untuk menghalang apa yang dibenarkan Allah SWT. Namun, orang tidak menentang p0ligami tanpa sebab.
Seperti kisah dibawah ini. Bertahun-tahun isteri dan anak-anak ditipu oleh lelaki yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka bergantung hidup. Peluang demi peluang diberikan, namun si suami tidak juga sedar dan menghargai peng0rbanan isteri. Ayuh jadikan kisah ini sebagai teladan agar sentiasa ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebelum berpoligami.
Poligami Bukan Hal Remeh!
Ramai lelaki seronok bila bercakap tentang topik poligami. Seronok bila punyai isteri lebih dari seorang. Seronok memikirkan nikmat batin yang boleh dirasai. Wahai lelaki, bacalah kisah ini moga menjadi panduan dan pedoman di hari muka.
Aku seorang anak lelaki, dan hari ini akan aku kisahkan hakikat sebenar poligami kepada anda semua terutamanya lelaki. Perihal poligami bukan hanya sekadar berkhawin lebih dari seorang, tetapi ia jauh lebih berat dari itu.
Rumah Isteri Kedua Hanya Jarak Berjalan Kaki!
Kisah ini adalah berkenaan ayah aku. Pada tahun 1998, ayah aku kant0i dengan mak aku bahawa dia mempunyai perempuan simpanan . Pada masa tersebut dia sudahpun ada seorang anak dengan perempuan tersebut. Mak aku pada waktu itu sibuk menjaga kami adik beradik yang masih kecil, dan mungkin kerana mak aku sibuk menjaga anak-anak lalu ayah aku ambil kesempatan untuk menikah lain.
Walaupun masa itu aku berusia 7 tahun, aku masih ingat saat mak aku bawak semua adik-adik beradik aku, ada yang berdukung, ada yang dalam stroller pergi rumah perempuan itu. Lebih mengejutkan, rumah perempuan itu hanya jalan kaki saja jaraknya! Dekat! Mungkin dlm 200-300 meter away. Semestinya mak aku terkejut dan kecewa dengan tindakan ayah aku untuk bernikah lain walhal rumahtangga dijaga elok, hari-hari masak, kemas rumah dan jaga anak-anak. Apa lagi yang ayah aku mahu?
Setibanya di rumah perempuan itu, ayah aku ada dalam rumah perempuan itu maka mulalah mak aku mengamuk sehinggalah ayah aku melafazkan cerai terhadap perempuan tersebut secara lisan dan bertulis. Mak percaya bahawa ayah tidak lagi berhubung dengan perempuan tersebut dan cerita ini berakhir disini. Sejak dari peristiwa tersebut, perniagaan ayah tidak menjadi dan bankrup. Tiada wang yang mencukupi kami terpaksa pindah ke rumah nenek ( mak kepada ayah ) buat sementara waktu. Mak berniaga kuih dan nasi lemak setiap pagi ayah pula mula bekerja sebabai pemandu teksi untuk mencari duit belanja demi anak-anak.
Hari-hari si ayah keluar mencari rezeki namun bila pulang malam hanya sedikit saja duit belanja yang ada untuk mak. Mak bersabar kerana begitulah suami isteri, susah senang bersama, perlu bertoleransi. Lagipun duit pendapatan jual kuih dan nasi lemak juga ada sedikit untuk meringankan beban keluarga. Tahun berganti tahun, ada sahaja yang tidak kena. Teksi ayah kerap rosak dan sewa teksi semakin tertunggak. Selalu juga mak keluarkan duit simpanannya untuk bantu ayah bayar sewa tertunggak, kos baiki atau kos deposit keluarkan teksi baru. Mungkin Allah nak duga, mak bersabar lagi.
Rezeki Makin Sempit Kerana Tipu Anak Isteri!
15 tahun kemudian (2013)
Rezeki si ayah nampaknya semakin sempit, teksi yang dibawa semakin kerap rosak walaupun sudah bertukar-tukar kenderaan. Wang tidak juga pernah cukup diberikan sehingga terpaksa meminjam pak long, pak ngah dan adik beradiknya yang lain. Kadangkala ayah kata terima job outstation, mungkin hantar orang ke Penang, Kedah atau mana-mana tempat lain. Jadi dia tidak pulang dan bermalam di sana. Jika tak cukup duit, dia akan minta mak keluarkan simpanan mak untuk dipinjam. Si emak pun berilah duit untuk kos minyak dan hotel untuk dia bermalam di sana.
Sehinggalah, satu hari emak mendapat berita dari makcik-makcik ( gossip girls) yang mereka pernah lihat si ayah bersama dengan perempuan lain (perempuan yg diceraikan 15 tahun lepas ). Retak seribu hati si emak. Sepanjang 15 tahun sudah berlalu rupanya si ayah ini masih ligat menipu dan berdusta. Maka tidak hairan rezekinya sempit dek berdusta tak sudah. Dan bertambah kecewanya hati si emak, perempuan itu tinggal di daerah yang sama dan mendapat tahu sudah punyai 2-3 orang anak pula. Bila dia rujuk semula? Tidak cukupkah mak dah beri dia peluang untuk tidak menipu lagi?
Pada waktu itu, aku pelajar tahun akhir IIUM. Serabut juga kepala otak memikirkan emak yang sedih kerana ditipu suami selama lebih dari 15 tahun. Emak yang tidak pernah kisah bersusah bersama, menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, masak hari-hari, mengasuh anak-anak, menyiapkan pakaiannya hari-hari. Mak tak pernah makan malam sebelum ayah pulang. Begitu setianya emak, begitu butanya ayah. Selepas mendapat tahu, maka hari-hari mak ayah bergduh. Ayah juga pernah pkul emak sehingga lbam-lbam. Abang-abang aku kerja, jadi akulah yang lebih fleksibel untuk pulang ke rumah menenangkan dan melindungi emak. Pointer drop sikit demi sedikit nasib baik tahun akhir, dapat juga grad 2nd class
Pernah sekali aku bermaki-makian dengan ayah aku dan hampir bertmbuk namun pak cik aku sempat menarik aku ke rumahnya untuk ditenangkan. Kini si ayah semakin terdesak duit, rupanya dia banyak berhutang, hutang kawan-kawan, hutang adik-beradik, hutang along dan ceti pun ada. Duit itu kami semua tak tahu kemana. Barangkali untuk menyara keluarga sebelah sana. Lebih mengeruhkan keadaan, perempuan itu memak1, menfitnah mak aku di Facebook. Mak pernah terbaca mesej antara dia dan ayah. Barangkali jika dia kata dia outstation, sebenarnya dia tidur di rumah sana.
Kes semakin melarat, aku bawa mak ke mahkamah syariah. Mereka dipanggil untuk kaunseling. Mak kemudian, membuat permohonan fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada rekod jenayah cabvl sewaktu kami kecil. Namun didiamkan kerana bimbangkan anak-anak membesar tanpa ayah. Kami cari rumah sewa kerana bimbang si ayah akan bertindak gila memberi tekanan kepada emak. Dalam tempoh setahun, si ayah memujuk si emak untuk pulang semula ke rumah lama. Si emak tidak berbincang dengan anak-anak terus pulang ke sana. Kes fasakh ditarik semula.
Banyak Cara Lain Nak Murah Rezeki
July 2016,
Dalam tempoh ini, emak cuba untuk lupakan hal si ayah dan bini svndalnya itu.Si ayah tidak bekerja sudah lebih setahun. Kami anak-anak memberikan sedikit duit belanja semampu kami. Emak, ligat menjual kuih keripap, kaswi dan kuih raya. Si ayah mula berkopiah dan sering ke masjid. Namun, sering juga dia meminta wang untuk bayar ceti. Masalahnya, duit yang dipinjam itu tak pernah pun mak rasa dan tak tahu menahu jika tiada orang beritahu. Pasti untuk perempuan sundal itu.
Dia minta bukan sedikit tetapi RM7,000. Dia mula naik gila, menghalau emak dari rumah itu, sedangkan rumah itu batu batanya semuanya hasil titik peluh mak berniaga. Dia tidak bekerja, dan terus menipu saja. Katanya berambus engkau. Dan bila mak minta dilepaskan, dia kata berikan 30 ribu dahulu baru dia lepaskan. Vide0 ada dirakam oleh emak. Aku pun pelik dengan ayah aku ini. Kenapa dia masih nak menzalimi mak, menganiaya mak? Pergilah berambus dengan perempuan sundal tu.
Dia mula menyuruh abang sulungku membuat pinjaman peribadi. Katanya akan bayar semula RM300 sebulan. Sedangkan, duit belanja emak, RM50 sebulan pun dia tidak beri. Dia mula menengk1ng nengk1ng. Sifat sebenar dia sudah mula ditonjolkan. Kopiah di kepala hanya sandiwara. Kali ini aku bertmbuk dengan dia. Akhirnya, aku ke mahkamah buka semula kes fasakh, dan mahkamah membenarkan untuk bawa mak keluar. Kes akan dibicarakan bulan hadapan, doakan agar kali ini kes selesai noktah.
Berpoligami itu memang sunnah nabi. Tapi banyak yang perlu dititikberatkan. Isteri yang baik, hargailah. Jangan kita hidup dengan menipu isteri/ suami. Allah itu Maha Adil. Jangan memandang enteng isu poligami.
Ini kisah benar, aku saksi satu per satu nikmat Allah tarik dari ayah aku. Kini, dia hutang keliling pinggang, ceti along sedang mencari. Rumah yang lama sudah dituntut tuan tanah, kereta, simpanan langsung tiada. Isteri yang selama ini yang menyokong sudah tiada, anak-anak sudah pun beri peluang namun masih yang sama, memudaratkan. Kami anak-anak lelaki perlu lindungi emak. Kerana dia syurga, dia segalanya. Aku hanya minta mak aku dilepaskan dari sksaan ini. Emak juga ada hak hidup bahagia.
Jika kau kata berpoligami murah rezeki, aku kata tidak. Banyak lagi cara lain untk murah rezeki.
Kredit:ekisah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan