Khamis, 15 November 2018

Baru Satu Bulan Kahwin Dah Bersalin, Ibu Panik Tekup Muka Bayi Sendiri Sampai Mati


Misteri penemuan mayat bayi yang baru dilahirkan 10 Oktober lalu akhirnya berjaya dibongkarkan oleh pihak Polis Republik Indonesia dan berjaya menahan satu pasangan suami isteri.
Sebelum ini, negara republik berkenaan digemparkan dengan penemuan sebuah kubur di dalam sebuah kebun berdekatan dengan sebuah rumah di Desa Sukaluyu, Telukjambe Timur, Kabupaten Karawang.
Hasil penyiasatan pihak berkuasa negera tersebut, ibu kepada mangsa yang hanya dikenali sebaga A, 19, merupakan suspek utama yang mencabut nyawa anaknya sendiri.
”Hasil siasatan, kami mendapati bahawa ibunya adalah pembunuh bayi malang ini manakala suaminya Eg, 20, bersubahat dengan menanam mayat mangsa,” kata jurucakap polis tempatan, AKBP Slamet Waloya pada Selasa.
Ujarnya lagi, ibu mangsa dikatakan melahirkan bayi berkenaan secara normal di tandas sebuah rumah ibadah yang tidak dinyatakan.
Slamet juga memaklumkan bahawa motif pembunuhan tersebut adalah disebabkan perasaan panik dan malu memandangkan pasangan berkenaan baru mendirikan rumah tangga dalam tempoh sebulan sebelum A melahirkan bayi berkenaan.
Pihak berkuasa ketika ini turut menjalan siasatan dan menguji sampel DNA mangsa dengan Eg bagi mengetahui sama ada bayi malang tersebut adalah anaknya sendiri atau sebaliknya.
”Pasangan suami isteri ini adalah pasangan yang berkahwin secara sah. Baru berkahwin satu bulan. Namun, si isterinya sudahpun melahirkan bayi berkenaan, akbiat perasaan panik dan malu, A mengaku membunuh bayinya sendiri,” kata Slamet lagi.
Malah, bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa juga mendapati bahawa terdapat tanda-tanda bayi berkenaan maut akibat dibunuh. Bedah siasat yang sama juga berjaya menemui tanda-tanda berlakunya pendarahan dalam otak mangsa.
Sebaik sahaja dibunuh secara ditekup muka sehingga lemas, Eg kemudian mengebumikan bayi tidak bernama itu di sebuah kebun, kira-kira 25 meter daripada rumah mereka.
”Kedua-dua suspek ditahan di Sukoharjo, Jawa Tengah. Mereka bakal di dakwa di bawa Fasal 80 Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dan jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun,”kata Slamet lagi.
Sumber : Tribun News
Kredit:siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan