Rabu, 28 November 2018

Arkitek Wanita Berbakat Ini Transform Tandas Terbiar Menjadi Sebuah Kediaman Yang Diidamkannya



Casa Milà (atau La Pedrera) oleh Antoni Gaudí adalah salah sebuah bangunan yang paling kerap dikunjungi di dunia kerana terkenal dengan reka bentuknya yang tidak konvensional.

Bangunan yang memiliki rekabentuk yang unik itu telah diwartakan oleh UNESCO sebagai salah satu warisan dunia.



Namun, disebalik rekabentuknya yang terkenal di serata dunia itu, ramai yang tidak mengenali Laura Jane Clark yang merupakan seorang arkitek berbakat besar yang bertanggungjawab mereka dan membina bangunan ini yang dahulunya merupakan sebuah tandas awam.



Laura merupakan seorang arkitek berbangsa Inggeris yang memiliki kepakaran menukar rekabentuk kediaman dan membina bangunan baru.



Selain itu, Laura turut berkerjasama dengan pereka lain untuk membuat perabot dan perhiasan dalaman yang lain. Beliau sebelum ini pernah memenangi anugerah di atas kreativiti and pendekatan inovatif beliau di dalam senibina.



Kisahnya bermula pada sekitar tahun 2005 apabila Laura menjumpai sebuah tandas awam terbiar ketika beliau mula berhijrah ke London.



Laura kemudiannya telah memberitahu rakan dan keluarganya tentang rancangannya yang mahu menukar tandas awam terbiar itu menjadi sebuah flat satu bilik tidur, ramai yang mentertawakan dan mengkritik ideanya itu.



Tandas terbiar itu telah dibina pada tahun 1929 dan kali terakhir digunakan pada sekitar tahun 1980an.

Pada asalnya, tempat ini kelihatan begitu menyeramkan dengan longgokan sampah dan dindingnya yang berkulat sebelum diubahsuai oleh Laura bersama dengan pasukannya.

Menurut Laura, beliau akhirnya terpaksa melakukan kerja-kerja keras sendirian kerana kehilangan ramai pekerjanya yang melarikan diri akibat tidak tahan dengan keadaan tandas itu.

Akhirnya setelah berbulan-bulan bekerja keras dan membelanjakan lebih RM267,117.50, projek beliau itu akhirnya berjaya disiapkan.









Fuh hebat tak?, Apa kata komen dan kongsikan pada semua. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan