Sememangnya Tuhan Akan Gerakkan Hati Isteri Apabila Suami Buat Salah, Itulah Naluri.
Meskipun suami aku bukanlah cinta aku yang pertama, aku sangat mencintai suamiku. Awal pernikahan segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia sampai ke akhir hayat. Aku amat percaya.
Demi Allah aku amat mencintainya. Justeru DIA mengujiku dengan kecurangan suami. Allahu Akhbar.
Dalam tempoh aku menjadi kekasih halalnya, dia turut punya kekasih gelap di luar sana, rakan sepejabatnya.
Suatu hari, suami terlelap. Dia lupa matikan telefonnya. Telefonnya pula asyik bergetar. Vibrate. Entah berapa kerap. Hati tergerak mahu tengok sebab debar di dada tiba-tiba terasa.
Whatsapp dari seorang perempuan. Tapi nama yang dia simpan itu lelaki!
Mustahil lelaki ajak hisap ‘barang atas bawah dia’. Aku skrol ke bawah semua Whatsapp dari perempuan itu dan suamiku. Gambar bogel mereka, gambar zina mereka. Voice mesej masa mereka berzina. Allahu Akhbar. Hancur luluh hatiku. Terduduk aku dibuatnya.
Aku tidak sangka suami yang aku percaya iblis rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar. Terlalu enak mengusung dosa besar. Zina sudah jadi kewajipan buat mereka berdua dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika aku baru bergelar isteri.
Aku akui, aku bukan isteri yang gemar mencari kesalahan suami. Aku percaya, jika suami berbuat salah, pasti Allah SWT akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah naluri.
Selama ini aku tumpahkn sepenuh percaya. Aku percaya dia balik lambat kerana kerja lebih masa. Tapi rupa-rupanyanya overtime zina!
Mulai saat itu, aku tetap berlagak seperti biasa dan suami pun terus dengan lakonannya yang paling hebat untuk abad ini. Memang layak dapat Grammy Award.
Sehinggalah suatu hari, aku mengajak empat orang kawan baikku ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku pergi tanpa pengetahuan suami.
Sampai sahaja, aku terus tanyakan nama perempuan itu. Ku tunjukkan juga gambarnya yang dikirim kepada suamiku sebagai kepastian, agar aku tidak tersilap orang. Akhirnya, bertemu empat mata. Aku lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yang bermekap tebal itu. Kenal ke pada aku? Hah, mungkin. Kecut perut kot.
Tanpa banyak cakap, aku tarik tangannya. Terpinga-pinga dia. Staf lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus ku bawa perempuan itu ke meja suamiku sambil diekori kawan-kawanku dan staf lain. Segala soalan perempuan itu aku tak jawab. Aku pekakkan telinga.
Di hadapan suamiku, dengan tenang, sambil disaksikan oleh semua orang, aku berkata…
“Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang, supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah zina.”
Suamiku terketar-ketar. Sekejap saja dia menangis dan melutut di depan aku.
“Maafkan abang, sayang. Abang salah….”
“Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampaikan abang tergamak menipu saya. Curang pada saya…”
“Sayang dah cukup sempurna…”
“Tipu! Kalau saya ni dah cukup sempurna, mengapa abang curang kepada saya?!”
“Abang mengaku salah…”
“Setakat bercinta mungkin saya boleh terima, tetapi, kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja, selebihnya, kalian dah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijik!”
Hatiku yg sudah amat terluka ini takkan mungkin terpujuk lagi dengan pengkhianatan sebesar itu. Berzina kot! Bukan sekali. Berkali-kali. Yang haram dipuaskan. Yang halal ditipu tipahkan.
“Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya dan selamat pengantin baru.”
Air mataku jatuh saat berlalu pergi. Aku sempat mengucup tangannya.
Kau takkan tahu, betapa sakitnya hati yang dilukai. Betapa seksanya cinta yang dikhianati.
Setahun sudah berlalu. Aku bahagia kini. Lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah, mengapa dia tidak memberikanku zuriat. Aku kini sedang menyambung pengajianku dalam PhD. Alhamdulillah.
Statusku? Ya. Aku janda. Dan bekas suamiku kini meroyan. Dia hendak kembali kepadaku.
Benar. Aku amat cintakannya. Aku amat kasihinya. Tetapi itu dulu.
Maaf, bekas suamiku. Aku harap kau tahu, yang aku takkan jilat ludahku balik.
Berbahagialah dengan pilihanmu itu.
Nota:
Apakah susah untuk setia? Org yang curang adalah org yang kufur nikmat kerana tak tahu bersyukur. Apatah lagi untuk menghargai. Amanah yg diberi disia-siakan.
Yang haram dibangga-banggakan. Yang halal tidak diendahkan. Itulah, baka
Yang haram dibangga-banggakan. Yang halal tidak diendahkan. Itulah, baka
Sumber: ayatsedih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan