Jumaat, 18 Oktober 2019

Pelajar Hadiahkan Cikgunya Ayam Hidup Sebagai Hadiah Hari Guru


Seorang pelajar tahun 3 dari dari sebuah sekolah di Santos City, Filipina menjadi sebutan ramai selepas dia telah membuat kejutan amat bermakna kepada gurunya sempena hari guru.
Mana tidaknya, pelajar yang berkenaan telah menghadiahkan gurunya itu seekor ayam yang masih hidup sebagai hadiah hari guru ketika disambut di sekolah.
“Ketika kebanyakkan pelajar memberikan bunga, coklat, kek dan belon sebagai hadiah, ini yang paling istimewa sebab dapat seekor ayam hidup”.
“Tidak kira mahal atau murah hadiah itu, yang penting ianya adalah pemberian ikhlas,” tulis Talon di laman Facebooknya.
Kisah ini mendapat liputan luas daripada media Filipina di mana rata-rata netizen menyifatkan hadiah yang diberikan oleh murid berkenaan amat bermakna dan beliau amat menghargai gurunya walaupun kemungkinan dia bukan dari golongan keluarga berada.
Sumber: Talon Claude
Kredit :siakap keli 

Rabu, 16 Oktober 2019

Gambar ringkas seorang budak lelaki menumpang menonton kartun di luar sebuah kedai dari jauh, sudah cukup membuat hati jadi sayu


Entah mengapa, kadangkala satu gambar mampu menceritakan segalanya atau membuat hati tertanya-tanya sendiri, malah mampu pula membuat hati menjadi begitu hiba dan sayu. 
Betapa bertuah hidup seseorang walaupun diri sering merungut dengan kesusahan yang tidak seberapa. Masih tidak cukup-cukup, masih tidak berpuas hati walhal terdapat ramai golongan kurang bernasib baik di luar sana, yang terus menyatakan rasa kesyukuran tanpa putus-putus.
Seorang netizen dari Mexico, Angel Fonseca telah memuat naik gambar yang ringkas dan menjadi tular dengan pelbagai reaksi menyentuh hati daripada ribuan netizen walaupun ramai yang tidak tahu latar belakang sebenar gambar ini.
Angel Fonseca berkongsi posting yang menunjukkan gambar seorang budak lelaki berpakaian lusuh dengan berselipar sedang asyik menonton rancangan kartun dari luar sebuah kedai amat menghibakan hati kalangan netizen.
Kapsyen Angel yang menulis, “Tidak semua orang dilahirkan dengan peluang yang sama, hargai apa yang anda ada.”
Seperti menonton televisyen yang sering dianggap sebagai perkara biasa dan diabaikan oleh jutaan orang di seluruh dunia, tetapi merupakan rahmat dan kesyukuran bagi segelintir orang lain, yang tidak pernah memiliki televisyen di rumah mereka.
Gambar budak lelaki ini telah diambil oleh Angel Fonseca di Las Choapas, Mexico, satu kawasan yang padat dengan penduduk miskin. Mesej yang disampaikan oleh Angel telah menyentuh hati lebih 12,000 netizen dengan 140,000 perkongsian dan 1,200 yang memberi komen.
Seorang netizen memberi komen berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi budak miskin seperti budak lelaki ini, “Saya ingin memberitahu anda bahawa anak itu tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu lebih daripada sesiapa, atau tidak seperti kanak-kanak lain dan ia merupakan satu pengajaran kehidupan. Tuhan mahu memberitahu kita supaya tidak melupakan asal-usul, berusaha maju ke hadapan, tetapi pada masa sama terus merendah diri.”
Manakala netizen ini pula menulis, “Anda membawa saya ke masa lalu semasa saya melalui pengalaman yang sama. Kini hidup saya lebih baik dan diberkati, maka saya amat bersyukur kerana dengan usaha serta titik peluh, saya berjaya mencapai impian. Terima kasih atas gambar yang memberi ingatan ini.”
Sambil terdapat pula netizen yang menceritakan bagaimana mereka juga pernah menonton televisyen dari luar rumah jiran dan mereka tidak pula dipelawa masuk, hanya mampu menonton filem di televisyen melalui tingkap.
Dan ada pula yang berasa kasihan dengan nasib anak jiran dan mempelawa mereka masuk untuk menonton televisyen bersama.
Dalam posting itu, Angel Fonseca turut memberitahu terdapat ramai kanak-kanak miskin seperti budak lelaki ini di Las Choapos yang memerlukan bantuan.
Beliau berharap dan menyeru agar mesej ini mendapat perhatian masyarakat dunia untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak miskin yang memerlukan. 
Apapun keadaan dan situasi, gambar ini menyedarkan kita supaya sentiasa hidup dengan penuh rasa kesyukuran dan menghargai segala apa yang kita ada walaupun ia tidak seberapa.
Kredit :Era Baru 

Selasa, 17 September 2019

(Video) “Orang Mengandung Mengidam Makan Sedap-Sedap, Tapi Kau..” Suami Pelik Bini Minta Nak Jadi Rider Grab Food


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Dan sudah tentu ketika impian itu menjadi realiti, rasa ingin melonjak meluahkan syukur dan gembira dengan pemberian Ilahi.
Malah sepanjang proses kehamilan itu, setiap saat terasa begitu berharga sambil menantikan hari kelahiran anak tercinta.
Menurut kajian, seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam”. Pada kebiasaannya, wanita akan mempunyai ‘spesifikasi’ makanan atau keinginan yang harus dikabulkan oleh pasangan mereka.
Mungkin ramai dikalangan ibu hamil yang selalu mengidam untuk memakan sesuatu yang luar dari kebiasan namun lain pula terjadi kepada seorang ibu muda ini.
Hai laa isteri.. Org mengandung ngidam nk makan sedap2.. Ko ngidam nk bawak grab dah knp 😂😂😂 layan kan je laa.. Egt satu order je!!! 😂😂😂 @zlfhnzulkifli
28.4K people are talking about this

Ya, Zulfahani ibu muda yang mengandung anak sulung ini mengidam nak bawak Grab Food hantar makanan kepada pelanggan.

Tak sangka video yang dimuatnaik oeleh suaminya itu tular di media sosial. Fahani juga mendakwa bahawa sebelum ini dia meminta kepada suaminya untyuk bawa lori dan bulldozer.
Menurut Fahani, suaminya itu merupakan rider untuk Grab Food secara sambilan. Ketika dia merayu untuk membawa motor suaminya itu, dia diberi syarat oleh suaminya untuk mengambil satu order sahaja dari pelanggan.
Video yang mendapat lebih dari 15k ulang tanda suka dan 23k ulang kicau itu mengundang tawa netizen yang rata-rata berkongsikan pengalaman tentang mengidam.

Mengidam nak mandi dekat dalam tab mandi yang dekat hotel tu

Kakak ipar aku, dia mengidam nak isap rokok

Isteri mengidam nak naik bas ekspress dan raodblock JPJ

Ada perempuan mengandung mengidam nak naik kapal UFO, Last-last suami dia bawak naik mesian UFO budak yang masukkan duit syilling tu

Teringin makan KFC kat KLCC, so suami niak tempah tiket flight semata-mata nai pergi KL

Time mak aku mengandungkan aku, dia mengidam mempelam telur tapi tak dapat

Sumber: Haikal Mazlan
Kredit :siakap keli 

Isnin, 16 September 2019

Lelaki yang hilang sejak 22 tahun lalu berjaya ditemui melalui Google Maps

FLORIDA: Mayat seorang lelaki yang didakwa hilang lebih dua dekad lalu ditemukan dengan bantuan Google Maps ketika penduduk di kawasan itu menggunakan aplikasi berkenaan.
Lelaki berkenaan yang dikenali William Moldt dilaporkan hilang sejak 1997 ketika usianya 40-an.
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas mengunjungi kelab malam dan kes berkenaan telah ditutup kerana pihak berkuasa gagal mengesan.
Bagaimanapun pada tahun ini penemuan mayat mangsa bersama kenderaannya berjaya ditemui di tasik Moon Bay sekali gus memaksa pihak polis membuka semula kes berkenaan
Mayat di dalam sebuah kereta yang terbenam dalam tasik itu disahkan milik Moldt dari Lantana, Florida, yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997.
Pada 28 Ogos lalu, menerusi laporan daripada Charley Project kenderaan tersebut jelas kelihatan pada foto ketika menggunakan ‘Google Earth Satelite’ sejak 2017 namun tidak siapa yang menyedari ‘objek’ berkenaan.
Difahamkan kereta Moldt yang terbenam dalam tasik itu ditemukan seorang bekas penduduk yang melakukan carian di Google.
Pencarian seterusnya menggunakan dron mengesahkan terdapat sebuah kereta yang terbenam di dalam tasik sama yang dilihat pada Google Maps.
Polis Palm Beach County berkata, Moldt dipercayai hilang kawalan ketika memandu dan keretanya terjunam ke dalam tasik.
Keluarga Moldt telah dimaklumkan tentang penemuan itu.
Kredit :Era Baru 

Ahad, 15 September 2019

Muka pucat duit RM2,000 tertinggal dalam troli… Jangankan terdetik nak ambil, pekerja Tesco kata “saya tak buka langsung”


TERTINGGAL dompet yang berisi wang tunai sebanyak RM2,000 memberi igauan ngeeri buat pasangan suami isteri dari Pendang, Kedah.
Namun, kejujuran petugas pasaraya Tesco cawangan Stargate, Alor Setar, Azhar Abdul Hamid, 26, telah menghilangkan kegusaran di hati mereka.
Menerusi kejadian pada Sabtu lalu, Nor Afifullah tertinggal dompet miliknya dalam sebuah troli di lokasi berkenaan.
Kisah mengenai kejujuran Azhar sehingga Nor Afifullah berjaya mendapatkan semula dompetnya tular di Facebook apabila ia dikongsi isterinya, Ain Fatin Lyana.
Bercerita kepada mStar, pengusaha produk kecantikan yang mesra disapa Fatin itu mengakui berdebar dan takut apabila mengimbas semula kejadian tersebut.
“Masa sampai tu, Tesco Stargate dah nak tutup. Jadi kami pergi ke Tesco Mergong sebab Tesco tu tutup lambat sikit.
“Sampai sana tengok beg duit tak ada. Pucat muka kami masa tu, rupa-rupanya tertinggal dalam troli kat Tesco Stargate. Terus pecut, dalam 10 minit perjalanan macam tu.
“Sampai-sampai je, saya tengok orang tengah simpan troli. Saya tanya petugas di situ, terus si Azhar cakap memang ada orang tertinggal dompet dalam troli,” ujar Fatin sewaktu dihubungi pada Isnin.
Masa tu lega, macam nak sujud syukur. Rasa nak menangis, tak sangka ada lagi orang jujur, zaman sekarang susah nak jumpa.
AIN FATIN LYANA
Jelas wanita berusia 29 tahun itu, dia cukup terpegun dengan kejujuran Azhar.
Malah, dia juga memanjatkan kesyukuran apabila duit dalam dompet suaminya langsung tidak terusik.
“Masa tu lega, macam nak sujud syukur. Rasa nak menangis, tak sangka ada lagi orang jujur, zaman sekarang susah nak jumpa.
“Azhar tak buka, tak usik pun beg duit tu. Saya ucapkan terima kasih kepada dia. Saya dan suami juga ada hulurkan sedikit wang saguhati untuk dia.
“Kami pun masih berhubung dengan dia. Mana tahu kalau dia perlukan bantuan selepas ini, InsyaAllah kami bantu,” ujar Fatin.
Fatin dan suaminya, Nor Afifullah, masing-masing berusia 29 tahun.
Sementara itu, Azhar sewaktu dihubungi mengakui terharu dengan reaksi orang ramai berhubung penularan kisahnya itu.
Jelas Azhar, biarpun bekerja dengan gaji kurang RM1,500 sebulan, dia langsung tidak berniat untuk mengambil kesempatan atas kejadian itu.
“Saya terjumpa beg tu masa tengah simpan troli. Memang nak pergi hantar dekat kaunter khidmat pelanggan.
“Tapi pemilik dompet tu sempat sampai dulu, saya terus bagi pada dia. Masa jumpa tu, memang saya tak buka langsung. Tak berani, takut disalahkan kalau hilang apa-apa,” ujarnya yang sudah dua tahun bekerja di Tesco Stargate.
Azhar sudah dua tahun berkhidmat di Tesco Stargate.
Difahamkan, pihak Tesco Stargate juga sudah mengetahui penularan kisah melibatkan Azhar.
Kata Fatin, pihak pengurusan pasaraya itu juga akan memberi penghargaan buat Azhar.
Malah, dia juga berterima kasih kepada Tesco kerana berjaya melahirkan kakitangan yang jujur dan amanah.
Sumber : Mstar

Sabtu, 14 September 2019

Wanita 73 tahun muncul ibu paling tua di dunia selepas selamat lahir bayi kembar

PRADESH: Seorang wanita berusia 73 tahun muncul menjadi ibu paling tua di dunia selepas selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada 5 Ogos lalu menerusi pembedahan di sebuah hospital di bandar ini.
Pasukan doktor yang merawat wanita berkenaan menyifatkan kelahiran berkenaan sebagai ‘keajaiban perubatan’ selepas ibu berkenaan disahkan mengalami strok hanya beberapa hari selepas bersalin.
Memetik Dailymail, Mangayamma Yaramati dan suaminya, Sitarama Rajarao, menyifatkan mereka merupakan pasangan paling bertuah di dunia selepas bersalin menerusi kaedah tabung uji atau pembenihan in-vitro (IVF).
Terdahulu wanita itu ditahan di hospital sejak januari lalu berikutan pasukan doktor mahu memantau keadaan kesihatan dirinya sebelum selamat dilahirkan pasangan bayi kembar melalui kaedah pembedahan.
Sementara suaminya yang berusia 82 tahun berkata, kelahiran anak kecil itu hadiah dari Tuhan selepas mendengar doanya selama ini.
“Ini adalah rahmat dari Tuhan kerana saya kini telah menjadi bapa kepada dua bayi kecil.
“Tuhan telah menjawab doa saya selama ini dan Ini merupakan masa paling bahagia dalam hidup saya,”katanya penuh bangga.
Ditanya bagaimana mahu menguruskan bayi kecil berkenaan, dia menjelaskan yakin mampu menguruskan segalanya.
Kini, isterinya ditahan hospital selepas mengalami strok beberapa hari selepas selamat melahirkan bayinya.
Pasangan yang berkahwin sejak tahun 1962 itu tidak pernah berputus asa untuk memiliki anak sendiri dengan mencuba pelbagai kaedah.
Mereka akhirnya mencuba kaedah IVF selepas melihat keberkesanan rawatan berkenaan yang dilakukan jirannya dan berjaya hamil walaupun pada usia 55 tahun.
Pasangan itu kemudian berbincang dengan doktor walaupun telah mengalami menopaus sejak 25 tahun lalu.
Pasukan doktor kemudian menggunakan telur dari seorang penderma, yang disenyawakan dengan sperma suaminya dan dikandung dalam pusingan pertama rawatan berkenaan.
Januari lalu, Yaramati kemudian dimasukkan ke hospital dan kembar yang sihat selamat dilahirkan.
Kredit :Era Baru 

Jumaat, 13 September 2019

Digelar Tentera Paling Cantik, Model Ini Bertukar Kerjaya Demi Impiannya!


Jauh betul beza bidang profesion yang dipilih wanita ini. Dari seorang model, dia memilih untuk menjadi seorang tentera dan kini dia diberi gelaran tentera wanita paling cantik di China.
Men Jiahui dari bandar Dalian, China menarik perhatian ramai selepas menerima gelaran itu. Menurut wanita berusia 27 tahun itu, dia sering mengimpikan untuk menjadi seorang tentera.
Tambahnya lagi menjadi seorang tentera bukanlah sesuatu yang mudah dan ia sangat berbeza dengan kehidupannya sebagai seorang model sebelum ini.
Men Jiahui mula menyertai tentera sejak lima tahun lalu dan menjadi terkenal selepas videonya membuat persembahan bersnjata di perarkan China’s Victory Day di Tiananmen Square tular di sosial media.

Video selama 12 saat yang dimuat naik melalui platform Douyin itu meraih lebih dari 3.5 juta tontonan dan pelbagai komen dari netizen.
Sedikit latar belakang mengenai Men Jiahui, dia dilahirkan di Dalian dan merupakan graduan Beijing Institue of Fashion Technology, dalam pengkhususan peragaan.

Katanya sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk menjadi seorang tentera, namun dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni dan menangguhkan untuk mengejar impian asalnya itu.
Namun kini, Men Jiahui berjaya mencapai impiannya selepas memohon untuk menjadi tentera lima tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Next Shark via HCL