Isnin, 10 Disember 2018

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,” Lelaki Bunuh Dan Perkosa Gadis Angkara Sakit Hati


Kanan, gambar mangsa. Kiri, tempat mayat mangsa dijumpai dikambus di sebuah ladang - Tribunnews/Facebook Gerbang Sumatera 88

Gara-gara tidak dapat menerima cintanya ditolak, seorang lelaki dari Sungkai Selatan, Indonesia, tergamak memperkosa dan membunuh rakan wanitanya.
Tertuduh, Wagiran, mengambil tindakan sedemikian kerana merasa sakit hati dengan mangsa yang tidak mahu menerima cintanya malah turut mengejeknya sebagai hitam dan hodoh.
Difahamkan, mangsa telah dilaporkan hilang pada Isnin, 1 Oktober lalu. Sehari sebelum itu, dia didakwa telah berjumpa dengan tertuduh yang dikenalinya melalui facebook.
Ketika berjumpa, tertuduh menjanjikan pekerjaan untuk mangsa di sebuah butik pakaian di Bungamayang.
“Pertama, saya bawa dia jalan-jalan dulu. Dalam perjalanan, saya beritahu kepada dia bahawa saya menyukai dia sebanyak tiga kali. Tetapi dia menolak, malah mengatakan saya hodoh dan hitam,” kata Wagiran.
Menurut suspek, kerana merasa sakit hati atas kata-kata mangsa, dia kemudiannya membawa mangsa ke sebuah kawasan lalu memperkosa dan mencekiknya sehingga mati.
Berdasarkan laporan kehilangan mangsa yang dibuat oleh ahli keluarganya, polis telah menjalankan siasatan sebelum menahan Wagiran. Mayat mangsa dijumpai tertimbus di sebuah ladang di Lampung.
“Penangkapan suspek hasil kerjasama polis dengan orang awam,” kata Ketua Polis Sungkai Selatan, AKP Yaya Karyadi.
Tambahnya lagi, tertuduh melakukan perbuatan tersebut seorang diri dan mengakui jenayah kejam itu dilakukan hanya kerana sakit hati cintanya ditolak oleh mangsa.
Sumber : Tribunnews.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan